“Habislah Tuanku Dah Tahu..” Komen Dari Tunku Azizah Sejukkan Suasana Tegang Di Twitter

Rakyat Malaysia amat beruntung mempunyai Raja dan Permaisuri yang berjiwa rakyat. Tindakan baginda berdua yang spontan dan bersahaja dalam menjalani kehidupan membuatkan rakyat berasa dekat dengan kedua-dua sosok diraja itu.

Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah sering menyebut pepatah ini di dalam ucapan baginda, “Ular menyusur akar tidak akan hilang bisanya”, jelas menunjukkan prinsip dan peribadi Seri Paduka baginda dan Permaisuri.

Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah sebelum ini pernah berkongsi minatnya dalam memasak, jahitan dan memancing di samping berkongsi kisah persekolahannya yang serupa dengan kanak-kanak lain.

Di samping itu, baginda berdua juga tidak kekok apabila menziarahi rakyat jelata yang serba kekurangan. Hal ini dikongsikan oleh rakan baginda, Datin Seri Tan Puay Ling, 58.

Datin Seri Tan Puay Ling bersama Raja Permaisuri Agong.

“Semasa di awal saya mengikut baginda, pernah kami ke sebuah perkampungan dan saya tahu baginda dapat lihat keadaan lantai yang agak kotor, namun baginda tetap menghormati jemputan dan membuka kasut untuk masuk dan sudah pasti saya perlu masuk juga.

“Apabila saya melihat Tuanku memandang ke arah lain, saya mengesat kaki dengan kain baju kurung menyebabkan saya ditegur di dalam kereta. Rupanya baginda perasan dan menyifatkan perbuatan itu sebagai tidak baik dan memalukan baginda.

Baginda juga dilihat aktif di Twitter dengan akaun bernama Che Minah Sayangdengan membalas komen rakyat jelata dan mengulangkicau Tweet ilmiah dan santai.

 

Hal ini membuatkan rakyat bertambah senang hati dengan tokoh ini.

Terbaru, sebuah akaun di Twitter telah berkongsi rakaman di mana seorang pelayan di salah sebuah restoran makanan segera dilayan dengan kasar oleh pelanggan.

Dalam video tersebut, pelanggan yang berang tanpa sebab yang diketahui dilihat memecahkan dua pinggan di samping menyimbah pelayan tersebut. Hal ini menyebabkan warga maya marah dan tidak berpuas hati terhadap pelanggan tersebut.

Walaubagaimanapun, akaun rasmi restoran berkenaan tampil menjelaskan bahawa ia merupakan kes yang berlaku pada 2016 dan kedua-dua pihak telah pun menyelesaikan isu berkenaan.

Satu emoji, menyejukkan hati

Di kala ruangan komen dipenuhi luahan amarah, komen ditinggalkan Tunku Permaisuri telah berjaya menarik perhatian netizen dan berjaya mengendurkan ruang komen yang tegang.

Komen baginda juga mendapat balasan yang lucu.

Habislah perempuan tu, Tuanku Permaisuri ada di sini

“Ampun Tuanku, pada pendapat Tuanku, apakah tindakan perlu dibuat terhadap perempuan itu?”

“Cubit telinga tu sikit”

Semoga Seri Paduka dan Tunku Permaisuri Agong terus dinaungi rahmat-Nya.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! SK Press

Sumber: Tunku Permaisuri Agong  via siakap keli

 


Apa kata anda?

Be the first to comment on "“Habislah Tuanku Dah Tahu..” Komen Dari Tunku Azizah Sejukkan Suasana Tegang Di Twitter"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*