Kau Sebahagian Daripada Hidupku

Kawan, teman, rakan dan sahabat banyak identitimu tetapi engkau seorang yang bernama sahabat mengetahui isi hatiku.

Susah senang kita bersama, bersama mengenal erti kehidupan. Suka duka gembira, gelak tawamu membuat diriku bahagia.

Terima kasih sahabat, dirimu tidak pernah lel4h membantu dan menyokong setiap pekerjaanku.

Doa daripadamu sahabat, alhamdulillah sekarang aku di tempat yang boleh dibanggakan oleh keluargaku.

Dari Nu’man bin Basyir r.a., Rasulullah SAW bersabda,
“Perumpamaan persaudaraan kaum muslimin dalam cinta dan kasih sayang di antara mereka adalah seumpama satu tubuh. Apabila satu anggota tubuh s4kit maka mengakibatkan seluruh tubuh menjadi dem4m dan tidak bisa tidur.” (Hadis riwayat Muslim)

Dari hadis di atas, aku selalu mengingatkan diriku tentang engkau sahabat tidak pernah menunjukkan yang engkau sedih tetapi dari redup matamu aku tahu sedang bersed1h melihat nasib dirimu.

Tetapi Allah maha adil kerana dalam kesed1han itu Allah memberi peluang padamu untuk menjadi tetamuNya lebih awal dariku.

Sahabat, kunobatkan tulisan ini khas buatmu.

Aku tidak punya banyak harta untuk membalas jasamu tetapi doaku selalu untukmu sahabatku.

Terima kasih kerna menerima kelemahan dan kekurangan diriku sebagai kekuatan persahabatan kita selama ini.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! SK Press

Sumber : Iluvislam

 


Apa kata anda?

Be the first to comment on "Kau Sebahagian Daripada Hidupku"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*