Hebatnya Kuasa Istighfar!

Astaghfirullahaladzim…

Astaghfirullahaladzim…

Astaghfirullahaladzim…

Ungkapan yang amat mudah, tetapi untuk melazimi dalam menuturkannya amat sukar.  Ini adalah ungkapan paling keramat buat kita yang bergelar pend0sa.

Saban waktu tidak lari daripada melakukan d0sa.  Dengan rasa penyesalan sebagai sang pend0sa, sentiasalah menuturkan astaghfirullahaladzim, kami memohon ampun kepadaMu yaALLAH.

Beristighfarlah kerana Allah akan memberikan banyak kebaikan di dalamnya.

Rasulullah saw bersabda, “Barang siapa memperbanyakkan istighfar, maka akan diberi kelapangan dalam setiap kesus4han dan jalan keluar dari kesemp1tan. Dan dianugerahi rezeki dari jalan yang tiada disangka-sangka.” (Hadith Riwayat Abu Dawud dan Nasa’i).

Bacalah ia dengan hati dan merasai sehingga ke dalam jiwa kita. Pasti Allah akan memudahkan segala urusan kita.

Jika kita rasa tersepit dengan ujian, pohonlah ampun kepada Allah. Kelak Allah memberi kita jalan keluar untuk sesuatu penyelesaian dan Allah akan memberikan kita rezeki daripada arah yang tidak disangka-sangka. Ajaib bukan kuasa istighfar?

Bukan itu sahaja malahan tika tibanya musim panas dan kem4rau, dan kita sangat mendambakan hujan turun.

Pasti kita akan terus merungut-rungut m4rah kerana p4anas yang berpanjangan walhal formulanya mudah sahaja, Allah hanya meminta kita untuk memohon ampun kepadaNya.

Seperti firmanNya di dalam surah Nuh, ayat 10 hingga 12,

“Pohonkanlah ampun kepada Tuhan kamu, sesungguhnya adalah Ia Maha Pengampun. Sekiranya kamu berbuat demikian, Ia akan menghantarkan hujan lebat mencurah-curah kepada kamu, dan Ia akan memberi kepada kamu dengan banyaknya harta kekayaan serta anak-pinak dan Ia akan mengadakan bagi kamu kebun-kebun tanaman serta mengadakan bagi kamu sungai-sungai yang mengalir.”

Jelas, pengasih dan penyayangnya Allah, tatkala kita memohon ampun kepadaNya, bukan sahaja hujan yang diturunkan, malah dikurniakan pula kita banyaknya harta, dianugerahkan pula kita rezeki anak-pinak, serta diberikan kita keindahan syurga.

Tidak kiralah berapa banyaknya d0sa kita, menggunung tinggi atau seluas lautan sekali pun d0sa kita yang telah kita lakukan, Allah akan sentiasa menanti dan menerima taubat hamba-hambaNya.

Istighfar sahaja, mudah bukan? Jangan terlalu ikutkan rasa beratnya hati. Lafazkan sahaja, kemudian tekadkan di dalam hati untuk meninggalkan segala perbuatan d0sa.

Boleh jadi dengan ungkapan taubat dan istighfar saban waktu, menjadikan kita hamba Allah yang membenci dengan perlakuan-perlakuan d0sa.

Ayuh kita menjadi seperti junjungan mulia Nabi Muhammad SAW. Baginda walaupun maksum dan sudah pun diampunkan d0sa-d0sanya yang lalu dan akan datang, tetapi Baginda tetap melazimi istiqamah melakukan taubat lebih daripada 70 kali sehari.

Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a beliau berkata, “Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda: “Demi Allah! Sesungguhnya aku memohon keampunan daripada Allah dan aku bertaubat kepadaNya dalam sehari lebih daripada 70 kali.” (Riwayat Al-Bukhari)

Kita punya Tuhan yang penuh dengan sifat kasih sayang ke atas hamba-hambaNya. Masakan kita akan terus hanyut dengan d0sa tanpa rasa bersalah dan ingin bertaubat?

Hebatnya kuasa istighfar, jika kita membacanya dan merasainya dengan hati, kelak Allah akan memberikan cahayaNya di akhirat kelak.

“Hai orang-orang yang beriman, bertaubatlah kepada Allah dengan taubatan nasuha (taubat yang semurni-murninya). Mudah-mudahan Rabbmu akan menutupi kesalahan-kesalahanmu dan memasukkanmu ke dalam jannah yang mengalir di bawahnya sungai-sungai, pada hari ketika Allah tidak menghinakan Nabi dan orang-orang mukmin yang bersama dia; sedang cahaya mereka memancar di hadapan dan di sebelah kanan mereka, sambil mereka mengatakan: ‘Ya Rabb kami, sempurnakanlah bagi kami cahaya kami dan ampunilah kami; Sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas segala sesuatu’.” (Surah at-Tahrim: ayat 8)

Sesungguhnya m4ksi4t yang kita lakukan akan meninggalkan tompok hitam dalam hati kita, dan akan menjadikan kehidupan kita kel4m dan tidak tenteram.

Sedangkan istighfar akan membersihkan kembali n0da hit4m yang bersarang di dalam hati dan juga memberi cahaya dalam perjalanan kita. Istighfarlah sehingga hati kita benar-benar telah kuat.

Setelah itu bertaubatlah dengan bersungguh-sungguh. Mintalah kepada Allah supaya menguatkan azam kita untuk terus kekal melazimi taubat.

Taubat dan istighfar adalah merupakan eksperi sifat kehambaan dan ketaqwaan di dalam diri setiap mereka yang bergelar hamba Allah. Sebaik-baik muhasabah adalah dengan perbanyakkan istighfar.

Anda sudah istighfar dan bertaubat hari ini? Kalau belum, ucapkanlah Astaghfirullahaladzim dengan penuh rasa cinta dan penyesalan.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! SK Press

Sumber : Iluvislam

 


Apa kata anda?

Be the first to comment on "Hebatnya Kuasa Istighfar!"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*