Antara Akal Dan Wahyu

Antara anugerah agung terhadap manusia adalah diciptakan sebagai makhluk yang berakal. Disebabkan keistimewaan akal yang dimiliki oleh manusia ini, Islam meletakkan ‘hifz al-Aql’ iaitu memelihara akal sebagai salah satu maqasid syariah (objektif syarak).

Apa sahaja perkara yang boleh mer0sakkan fungsi akal seperti meminum minuman yang mem4bukkan adalah h4ram.

Melalui wasilah akal yang dimilikinya, manusia mampu terbang tinggi di udara, mahupun menyelam jauh ke dasar lautan, bahkan berupaya menundukkan haiwan liar di hutan belantara.

Disebabkan anugerah akal ini, manusia dipertanggungjawabkan sebagai khalifah untuk memakmurkan bumi.

Walau sehebat mana pun akal yang dianugerahkan, manusia seharusnya sedar bahawa akal bukan segala-galanya.

Dalam ertikata lain, keterbatasan akal harus diakui terutamanya dalam perkara-perkara yang tidak mampu dicapai oleh akal manusia seperti hikmah-hikmah dalam sesetengah perintah dan larangan Allah kepada umat manusia, persoalan hari akhirat dan seumpama dengannya.

Justeru, kekurangan akal ditampung oleh kesempurnaan wahyu. Persoalan yang mungkin akan timbul ialah, apabila sesuatu perintah wahyu tidak dapat dicernakan oleh akal, bagaimanakah sikap yang seharusnya diambil oleh seorang muslim?

Barangkali sebahagian ibadah-ibadah rutin yang dilakukan dalam kehidupan seharian dapat dijelaskan hikmahnya dengan mudah, contohnya solat lima waktu yang dilakukan setiap hari adalah bertujuan untuk mengingati Allah.

Demikian juga dengan ibadah puasa, selain untuk memupuk sifat taqwa, puasa mendidik manusia supaya bersikap lebih prihatin terhadap golongan yang m1skin.

Tujuan yang sama juga dilihat melalui kewajipan berzakat, di mana umat Islam yang kaya berkongsi sedikit kesenangan dari harta yang diperolehinya dengan orang-orang yang layak menerimanya.

Walau bagaimanapun, dalam ibadah haji, kemungkinan timbul persoalan, kenapa perlu bermus4fir ke Mekah dengan perbelanjaan yang begitu tinggi serta tempoh masa yang lama, semata-mata untuk menyatakan pengabdian kepada Allah?

Tidak cukupkah ibadah haji dilakukan sahaja di tanah air masing-masing sebagaimana ibadah-ibadah yang lain?

Di sinilah manusia tidak boleh mencari jawapan semata-mata dengan akalnya, tetapi harus tunduk kepada perintah wahyu.

Demikian juga dengan sikap seorang Muslim apabila berdepan dengan larangan-larangan Allah yang kemungkinannya dilihat bertentangan dengan inspirasi akal dan kebebasan manusia.

Contohnya larangan melakukan hubungan s3ks sesama jenis sama ada melibatkan lelaki sesama lelaki mahupun wanita sesama mereka, walaupun atas kemahuan dan kerelaan masing-masing.

Tidakkah larangan ini menafikan hak dan kebebasan manusia untuk membuat pilihan secara bebas?

Situasi ini menuntut manusia tanpa teragak-agak mendahulukan perintah wahyu berbanding meraikan pertimbangan akal.

Pengh4raman daging kh1nzir bagi umat Islam seringkali dijustifikasikan dengan pelbagai alasan. Secara umumnya hujah-hujah yang dikemukakan bagi mewajarkan pengh4raman ini ialah kerana terdapat v1rus yang berpotensi mendatangkan pelbagai peny4kit berbahaya kepada manusia.

Persoalan yang mungkin timbul ialah, seandainya teknologi moden berjaya menyingkirkan semua jenis v1rus yang terdapat didalamnya, adakah status daging b4bi berubah menjadi halal?

Penilaian akal sahaja mungkin boleh mewajarkan keharusannya, tetapi wahyu tetap melarangnya sekalipun daging b4bi diproses sehingga menyamai daging lembu.

Berdasarkan sebahagian contoh yang dinyatakan, seringkali terdapat segolongan manusia yang mendahulukan peranan akal berbanding perintah wahyu.

Sesungguhnya cara berfikir sebegini adalah salah dan boleh menjerumuskan manusia ke kancah kesesatan. Ini adalah kerana apa yang kelihatannya baik pada neraca akal, tidak semestinya baik pada pertimbangan wahyu, begitu juga sebaliknya.

Manusia hendaklah mengambil inspirasi dan iktibar dari kisah Nabi Ibrahim ‘alaihissalam yang diuji dengan perintah Allah yang dilihat sangat tidak masuk akal, iaitu menyemb3lih anaknya Nabi Ismail ‘alaihissalam, tetapi sebagai seorang hamba Allah yang taat, Nabi Ibrahim ‘alaihissalam tanpa teragak-agak berusaha melaksanakan perintah Allah, dengan kerelaan dan kerjasama yang penuh dari Nabi Ismail ‘alaihissalam.

Natijah ketaatan mereka dalam menyahut perintah Allah, Nabi Ismail ‘alaihissalam digantikan dengan seekor Kibash.

Justeru, dalam mendepani suara-suara sumbang yang menyeru supaya manusia bebas beraspirasi dengan akalnya, umat Islam seharusnya sedar bahawa akal tanpa suluhan wahyu bakal menjah4namkan manusia dan sifat kemanusiaan.

Seorang Muslim yang sedar, hendaklah meletakkan neraca pertimbangan yang jelas dalam mindanya bahawa akal tidak boleh diberikan sepenuh peranan dalam menentukan nilai-nilai hidup seorang manusia.

Sebaliknya, akal memerlukan suluhan wahyu bagi memandunya membuat keputusan dan menentukan tindakan agar tidak tersesat dari landasan kebenaran yang digariskan oleh Islam.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! SK Press

Sumber : Iluvislam

 


Apa kata anda?

Be the first to comment on "Antara Akal Dan Wahyu"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*