Hargailah Setiap Detik Masa Kita!

‘Al-Ashr’ bermaksud masa. Masa dari segi istilah bermaksud detik, waktu atau zaman yang dilalui oleh seseorang yang menjalani kehidupan.

Masa juga merujuk kepada rangkaian atau rentetan yang telah berlalu, dan yang akan datang.

Pepatah Arab ada menyebut, “Masa itu ibarat pedang, jika kamu tidak mem0tongnya, maka ia akan mem0tong kamu.”

Surah ini terdiri daripada tiga ayat.

Ayat pertama yang bermaksud, “Demi Masa!”

Melalui ayat ini, Allah bersuum pah dengan Al-Ashr, yang bermaksud waktu, zaman atau masa. Pada waktu itulah, terjadinya amal perbuatan manusia yang baik atau buruk.

Jika waktu itu digunakan untuk amal kebajikan, itulah jalan terbaik yang akan menghasilkan kebaikan dan sebaliknya jika mensia-siakan masa.

Tepuk dada, tanya iman! Kita mahu menjadi orang beruntung atau orang yang rugi? Saya tanya, anda, jawab!

Ayat kedua pula, “Sesungguhnya manusia itu benar-benar dalam kerugian.”

Manusia itu akan berada dalam kerugian apabila terjerumus ke dalam kekuufuran kerana d0sa-d0sa yang dipilihnya sendiri.

Pernahkah kita terfikir, mengapa terjadinya situasi ini? Hal ini kerana nipisnya nilai iman dalam diri kita.

Masih ingatkah anda, tentang kisah seorang gadis pintar matematik dari Malaysia yang melanjutkan pelajaran ke Universiti Oxford pada usia 13 tahun? Bagaimana kisah hidupnya, yang dulu diangkat dan dijadikan contoh oleh masyarakat hanya tinggal sejarah.

Saat iman di dadanya luntur, agama Allah bukan lagi menjadi pegangan hidupnya. Ayuh! Kita tingkatkan keimanan dengan sentiasa mentaati perintah Allah dan menjauhi larangan-Nya supaya kita tidak rugi.

Ayat ketiga surah ini menerangkan tentang solusi agar selamat daripada kerug1an. Ayat yang bermaksud, “Kecuali orang-orang yang beriman…”

Iman merujuk kepada keimanan terhadap seluruh apa yang Allah perintahkan untuk mengimani-Nya, iaitu beriman kepada Allah, kitab-Nya, rasul-Nya, malaikat-Nya, hari akh1rat dan beriman kepada qada dan qadar.

Ayat ini juga berkaitan tentang kewajipan menuntut ilmu agama yang telah diwariskan oleh Nabi daripada al-Quran dan as-Sunnah. Maka, tuntutlah ilmu sehingga ke li4ng l4had.

Ayat, “Kecuali orang yang beriman dan beramal soleh” mengajak kita supaya melakukan amal soleh semasa hidup supaya amalan yang kita tinggalkan itu merupakan bekalan yang akan kita bawa ke hadrat Ilahi kelak.

Iman dan amal kita perlu seiring sesuai dengan firman Allah dalam surah An-Nahl ayat 97 yang bermaksud:

“Barangsiapa yang mengerjakan amal soleh, baik lelaki mahupun perempuan dalam keadaan beriman, Kami akan berikan kepadanya kehidupan yang baik dan sesungguhnya akan Kami berikan balasan kepada mereka dengan pahala yang lebih baik dari apa yang telah mereka kerjakan.”

Ayat, “saling menasihati dalam kebenaran” pula mengajak kita supaya menghubungkan tali kasih-sayang sesama manusia dan saling memperingati mana yang salah supaya yang salah itu sama-sama dijauhi.

Ayat terakhir, iaitu “saling menasihati dalam kesabaran” mengajak kita saling menasihati supaya sentiasa sabar dalam kehidupan seharian.

Sesungguhnya Allah telah menjanjikan pahala yang tidak terhitung kepada mereka yang bersabar dengan setiap ujian-Nya.

Sabar itu sebahagian daripada iman. Ayuh! Tanamkan sifat sabar seperti Rasulullah SAW sebagai contoh teladan.

Konklusinya, ayuhlah kita muhasabah diri, sejauh manakah masa yang kita gunakan dalam kehidupan seharian, rug1kah kita?

Seteguh manakah iman dan kesabaran yang kita miliki serta salinglah kita menasihati dalam kebenaran.

Oleh itu, ayuh jadikan surah ini sebagai panduan dalam ujana kehidupan sebagai abid dan khalifah di bumi persinggahan.

Al Ashr, hargailah setiap detik masa anda!

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! SK Press

Sumber : Iluvislam

 


Apa kata anda?

Be the first to comment on "Hargailah Setiap Detik Masa Kita!"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*