Sampai Menangis Ibu Fizo Omar Akibat Dari ‘Tindakan’ Anaknya Dan Ini Kejadian Sebenar Telah Dirakam

Pelakon Fizo Omar menyifatkan keberkatan rezeki dan kebahagiaan yang dikecapinya selama ini adalah berkat daripada doa dan restu ibunya, Hasnah Jidin.

Mengakui dirinya ‘anak emak’ sepertimana d4kwaan segelintir pihak, kata Fizo dia melaksanakan tanggungjawab yang diamanahkan arwah bapanya untuk menjaga dan menyantuni ibu serta keluarganya.

” Definisi yang saya faham tentang istilah ‘anak emak’ ialah anak yang menunaikan tanggungjawab terhadap ibunya.

” Setelah apa yang saya lalui dalam hidup, saya akui saya memang anak emak dan bukan sejak berkahwin dengan Mawar tetapi sejak menjadi artis lagi.

” Saya datang ke Kuala Lumpur pun tinggal berdua dengan ibu saya.

” Jadi, hubungan saya dengan ibu takkan berakhir sampai bila-bila. Dia satu-satunya syurga saya dan saya bersyukur masih berpeluang untuk memeluk dan mencium ibu saya setiap hari. Itulah punca rezeki saya, tak salah pun.

” Malah kalau ada isteri sekalipun, dia perlu faham tanggungjawab saya sebagai anak lelaki yang perlu mengutamakan ibu saya,” kata Fizo ketika ditemui di kediamannya di Bangi, Selangor pada Jumaat.

Dalam pertemuan singkat itu juga, Fizo berkesempatan untuk membuat kejutan buat ibunya sempena hari jadi Fizo sendiri pada hari ini.

” Setiap tahun saya akan memberikan hadiah kepada ibu saya dan tahun ini dia menyatakan keinginan untuk membeli kerusi urut baharu.

” Apa yang menyedihkan apabila dia sendiri mengumpul duit untuk membeli kerusi urut baru.

” Kemudian saya berpakat dengan pasukan saya untuk membuat ‘prank’ kononnya dia terbeli kerusi urut baru dan perlu membayar RM20,000.

” Tak sangka pula ‘prank’ ini sampai membuatkan dia menangis. Hadiah ini sebagai tanda terima kasih pada ibu saya,” tambah Fizo.

Fizo meraikan ulang tahun kelahiran ke-34 pada Jumaat (19 Julai 2019) disamping kehadiran anak tersayang, Wan Maryam, 2.

” Mawar ada mengirimkan ucapan hari jadi buat saya dan hubungan kami masih baik. Tidak ada kekurangan cuma mungkin berbeza sedikit, kembali ke kehidupan dahulu seperti sebelum saya mendirikan rumah tangga,” ujar Fizo lagi.

Terdahulu ibu Fizo Omar, Hasnah Jidin menafikan dakwaan segelintir pihak yang menyalahkannya sekali gus menjadi punca perceraian anaknya dan Mawar Karim.

Menurut wanita berusia 59 tahun itu, rasa terkilan tidak dapat dibendungnya lagi lebih-lebih lagi apabila netizen melemparkan pelbagai tohmahan hingga mengganggu emosinya.

” Ibu mana mahu anaknya bercerai? Saya sebagai seorang ibu turut menasihati Fizo dan Mawar untuk berbaik-baik.

” Saya sayang Mawar dan kami baik-baik saja sampai sekarang walaupun mereka sudah bercerai.

” Apabila pelbagai tuduhan yang bukan-bukan dilemparkan kepada saya, hati saya terguris dan memang saya tertekan,” katanya ketika ditemui di kediamannya di Bangi, Selangor hari ini.

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! SK Press

Sumber: astroawani

 


Apa kata anda?

Be the first to comment on "Sampai Menangis Ibu Fizo Omar Akibat Dari ‘Tindakan’ Anaknya Dan Ini Kejadian Sebenar Telah Dirakam"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*