Gara-gara ramai nak berkenalan, Ahmad dan Muhammad terpaksa buat tindakan ini!

Masih ingat pasangan kembar siam Ahmad dan Muhammad seketika dulu yang mendapat perhatian dunia kerana dilahirkan bercantum pada bahagian dada dan punggung?

Dilahirkan pada 1998, pasangan kembar ini pernah menjalani pembed4han pemisahan di Hospital King Fahd National Guard di Riyadh, Arab Saudi pada 2002 yang mana dibiayai sepenuhnya oleh Putera Mahkota Arab Saudi, Putera Abdullah Abdul Aziz membabitkan kos RM1.7 juta.

Pasti kisah pasangan kembar ini masih segar dalam ingatan rakyat Malaysia kan! Masakan tidak, kisah pasangan ini mendapat liputan begitu meluas, sama ada secara media cetak mahupun elektronik.

Seiring dengan peredaran masa, tahun demi tahun kisah pasangan ini turut tenggelam dan seakan hilang dari radar.

Ternyata ‘kehilangan’ mereka sebenarnya berisi. Rupa-rupanya pasangan ini memanfaatkan masa muda mereka dengan melanjutkan pengajian ke menara gading. Melangkah ke fasa baharu bergelar mahasiswa.

Sambung pengajian

Ahmad Rosli dan Muhammad Rosli, 21, kini menyambung pengajian di Management and Science University (MSU) di Shah Alam sejak Mac 2016.

Ahmad mengambil jurusan Diploma Reka Bentuk Grafik manakala adiknya Muhammad mengikuti pengajian Ijazah Sains Komputer dalam bidang Teknologi Maklumat.

“Adik saya berjaya melanjutkan pengajian ke peringkat ijazah sedangkan saya masih di peringkat diploma. Saya tak sempat habiskan pengajian diploma kerana sebelum ini saya berhadapan dengan masalah kesihatan dan memaksa saya untuk membuat perubahan jadual. Jadi ia memakan masa untuk menguruskannya,” kata Ahmad ketika dihubungi wartawan Kampus Uols.

Ahmad mahupun Muhammad memilih untuk menjadi mahasiswa di MSU kerana tertarik dengan tawaran kursus yang disediakan, selain menyediakan kemudahan prasarana untuk Orang Kelainan Upaya (0KU) serta berdekatan dengan rumahnya di Puchong bagi membolehkan mereka berulang alik.

“Alhamdulillah, sepanjang belajar kami tidak berhadapan dengan kesukaran kerana di MSU ada menyediakan kemudahan untuk golongan 0KU. Nak ke kelas mudah kerana ada disediakan lif untuk 0KU, tandas juga mesra 0KU, termasuklah surau dan kafeteria. Malah untuk pergerakan ke kelas atau kuliah juga kami tidak perlu jauh kerana kedudukan bangunan saling berdekatan.

“Dulu, kononnya nak ambil jurusan seni halus, namun di MSU tak ada jurusan tersebut. Kalau nak kena ambil di universiti lain, tapi tak ada disediakan kemudahan 0KU pula. Selepas berfikir, saya buat keputusan untuk menerima tawaran belajar di MSU,” katanya.

Akui Ahmad walaupun ketika bercakap menampakkan dia seorang peramah namun realiti sebenar dia seorang yang pendiam dan tidak mempunyai ramai kawan di kampus. Namun berbeza dengan Muhammad, dia seorang yang peramah dan mempunyai ramai kawan baik.

“Kami memang serasi untuk bersama dan boleh dikatakan Muhammad ibarat kawan baik saya. Pergi ke mana-mana berdua. Buat keputusan pun bersama,” katanya.

Kekurangan bukan halangan

Pasangan yang mendapat tajaan dari Lembaga Zakat Selangor ini juga bersyukur kerana dihadiahkan dua kerusi roda hasil sumbangan pihak tertentu untuk memudahkan pergerakan mereka.

“Sejak ada kerusi roda ini, kami dah tak pakai tongkat. Kerusi roda manual ini sangat membantu dalam memudahkan pergerakan kami dengan lebih cepat. Kalau sebelum ini kami guna kerusi roda jenis hospital, susah nak tolak sebab besar dan tangan jadi cepat melecet,” katanya.

Bercerita tentang waktu kuliah, jelas Ahmad, disebabkan mereka berlainan jurusan, maka waktu kelas juga kadang-kadang berbeza. Ada masanya kelas Ahmad pada sesi pagi dan Muhammad sesi petang atau sebaliknya.

“Kami akan datang ke kelas setiap pagi meskipun salah seorang dari kami ada kelas petang. Biasanya Muhammad mula kelas 8 pagi manakala saya ada kelas jam 4 petang. Kami akan tunggu sampai masing-masing tamat kelas dan barulah kami balik ke rumah.

Hasil lukisan kreatif Ahmad yang memotret wajah Muhammad.

“Memang lama juga nak tunggu sampai waktu kelas tamat, tapi kami tak nak susahkan ayah, Rosli Abdul Rahim, 48, dan ibu tiri, Junaidah Awang, 43, untuk kerap hantar dan ambil kami ke kelas, lagipun mereka juga perlu hantar dan ambil adik-adik dari sekolah, yang berumur 17,14,11 dan 6 tahun.

Dalam tempoh menunggu tu, saya banyak habiskan masa dengan melukis. Saya suka melukis potret dan yang selalu jadi m4ngsa adalah Muhammad. Saya akan ke surau untuk melukis kerana di situ saya boleh meniarap. Tambahan pula saya dan Muhammad tak boleh duduk terlalu lama sebab daging pinggul tak ada, jadi cepat lenguh apabila duduk,” katanya lagi.

Selaku anak sulung dalam keluarga, Ahmad mahupun Muhammad sebolehnya mahu menjadi contoh dan teladan yang baik buat adik-adiknya dan tidak menjadikan ‘kekurangan’ sebagai halangan untuk melakukan kerja seperti manusia normal yang lain.

“Insya ALLAH mungkin selepas tamat diploma ni saya akan cari kerja atau berkhidmat sebagai pereka grafik bebas. Bukannya saya tak mahu sambung belajar ke peringkat ijazah, tapi tahap kesihatan yang tidak menentu tidak mengizinkan saya berbuat demikian. Manakala Muhammad katanya, dia mahu bekerja atau sambung ke peringkat Master,” kata pasangan ini yang pernah menjalani latihan praktikal di SIRIM.

Gara-gara ramai nak berkenalan, Ahmad dan Muhammad terpaksa buat tindakan ini!

Kuasa tul4r! Siapa sangka kesan daripada pendedahan kisah hidup pasangan kembar siam Malaysia, Ahmad dan Muhammad, 21, yang tular baru-baru ini memberi impak kepada kehidupan mereka.

Bermula April lalu, pendedahan yang dibuat oleh KampusUols tentang perjalanan hidup Ahmad dan Muhammad ternyata telah membuka lembaran baru buat mereka.

Dari kurang dikenali, kini mereka menjadi popular dan ramai yang ingin menjadi kenalan terutamanya di laman-laman sosial.

“Sejak cerita tentang kami dipaparkan oleh KampusUols, alhamdulillah kami terima banyak maklum balas positif daripada netizen. Masyarakat mendoakan yang baik-baik buat kami.

“Kesan daripada situ juga, ramai yang ingin berkenalan dan hampir setiap hari ada sahaja orang nak add friend dalam facebook dan instagram. Tetapi disebabkan dah cecah limit, maka kami terpaksa buka akaun facebook lain.

“Kami mula buka facebook https://www.facebook.com/KembarSiamMalaysia/ yang baharu dalam bulan Ramadan baru-baru. Target kami bukan untuk banyakkan followers, tapi lebih kepada berkongsi perkembangan kami supaya senang semua orang boleh tengok di facebook. Dan kami bukannya update atau post setiap hari, memandangkan kami juga sibuk dengan kuliah dan urusan lain.

“Rata-rata yang ingin add friend adalah orang yang kenal kami, mungkin mereka yang pernah mengikuti perkembangan kami sebelum ini sejak kami kecil lagi. Boleh dikatakan kebanyakannya yang dah berumur, tetapi kami tidak kisah siapa pun mereka, asalkan niat mereka ikhlas,” kata Ahmad ketika dihubungi.

Ditanya, pernah dapat apa-apa sumbangan daripada masyarakat yang prihatin dengan mereka, jelas Ahmad dia dan Muhamad amat berterima kasih kepada seorang hamba ALLAH yang telah memberikan sumbangan komputer riba yang mempunyai spesifikasi khas untuk membuat kerja grafik.

“Syukur, ada hamba ALLAH yang sudi memberi sumbangan komputer riba. Memang kami berhajat untuk memiliki komputer riba bagi memudahkan kerja grafik. Tak sangka dalam dua tiga minggu kemudian, dapat mesej dari dia dan dia membelinya secara online dan mengeposnya ke rumah kami,” katanya lagi.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! SK Press

Sumber : Kampusuols

 


Apa kata anda?

Be the first to comment on "Gara-gara ramai nak berkenalan, Ahmad dan Muhammad terpaksa buat tindakan ini!"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*