Korang Tahu Tak, Sebenarnya Marvel Ada Cipta Watak Superhero Muslimah? Ini Dia Kamala Khan!

Mungkin ramai yang tidak tahu dan sedar sebenarnya sebelum ini Marvel ada mencipta satu watak  gadis remaja muslim bernama Kamala Khan berusia 16 tahun sebagai salah seorang superheronya!

Kalau korang nak tahu, inilah dia watak yang telah membuatkan ramai teruja, Kamala Khan yang merupakan seorang gadis Pakistan menetap di Jersey City, Amerika Syarikat.

Sejak kecil lagi Kamala memang sukakan sesuatu yang melibatkan ‘super power’ dan sangat mengagumi superhero Carol Danvers, oleh kerana itu Kamala telah meminjam gelaran idolanya dan menggelarkan dirinya Ms. Marvel!

Bagaimanapun Kamala menghadapi masalah tekanan hidup yang agak teruk dan struggle untuk menyesuaikan diri dalam kehidupan masyarakat di kotanya. Malah Kamala juga menerima tekanan hidup daripada ibu bapanya yang mahukannya menjadi seorang doktor.

Menariknya, ‘super power’ yang dimilikinya ini mempunyai gabungan shapeshifter, healing factor dan elastik yang boleh membuatkan dirinya berubah bentuk.

Kamala mendapat kuasanya apabila sedang pulang dari sebuah pesta dan tiba-tiba di selubungi asap tebal yang mengandungi zat mutan.

Berpegang dengan ajaran dan pengetahuannya dalam agama Islam, Kamala membantu orang ramai serta menggunakan segala kuasa yang dimilikinya demi kebaikan.

Watak ini telah diwujudkan beberapa tahun yang lalu setelah pembaca serta mengikut setia komik Marvel mempersoalkan mengapa Marvel tidak pernah terfikir untuk menjadikan seseorang muslim sebagai superhero mereka.

Dalam pada itu, MH difahamkan sekarang ini team produksi Marvel sedang berusaha untuk memaparkan watak Ms. Marvel di dalam filem-filem Avengers akan datang.

Fuh agak-agak korang siapa yang bakal membawa watak ini nanti? Tetapi ramai yang mula meneka dan fikir Priyaka Chopra adalah individu paling kena dan dekat dengan watak ini, bagaimanapun ia masih menjadi tanda tanya.

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! SK Press

Sumber : Media Hiburan

 


Apa kata anda?

Be the first to comment on "Korang Tahu Tak, Sebenarnya Marvel Ada Cipta Watak Superhero Muslimah? Ini Dia Kamala Khan!"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*