Kelebihan Sabar, Disebaliknya Pasti Ada Bahagia

Bila kamu diuji, teguhkanlah hatimu dan bersangka baik, jangan biarkan ada perasaan du ka di celah hatimu, dan tetaplah bersabar kerana semakin kamu banyakkan sabarmu maka Allah semakin mempersiapkan bahagia yang lebih besar buatmu.

Allah Tidak Menyuruhmu Bersabar Tanpa Sebab, Kerana di Balik Itu Pasti Akan Ada Bahagia yang Sedang Menanti

Allah tidak pernah main-main ketika menyuruh kamu bersabar. Oleh itu kamu harus mampu dan benar-benar meletakkan hatimu dengan kesabaran yang cukup. Disebalik itu pasti akan ada bahagia yang tidak terkira olehmu.

Janji Allah itu pasti. Maka kamu hendaklah memastikan agar kamu tidak berada dalam kemu rungan, tidak terlibat dengan kejadian yang menyedihkan yang akan Allah jadikan takdirmu.

Kadang-Kadang Allah Mengujimu Terlalu Lama, Kerana Dia Tahu Bahawa Kamu Berhak Mendapatkan Kebahagiaan Hidup Yang Sangat Luar Biasa

Memang benar kadang- kadang ujian yang Allah jelmakan sangat lama hingga memakan masa berhari-hari, berminggu-minggu, berbulan-bulan bahkan ada yang bertahun-tahun. Sebenarnya Allah Maha Mengetahui, dia tahu bahawa kamu berhak mendapatkan sesuatu yang luar biasa selepas itu melalui jalan yang berliku dengan penuh kesabaran.

Walau apapun yang sedang menimpa dirimu sekarang, bukan tanpa sebab dan sudah pasti ada tujuan-Nya. Maka kamu harus menikmati setiap keadaan samada memeritkan dan menyedihkan yang masih Allah iringi hidupmu berterusan.

Jangan sesekali kamu mengeluh. Kenapa Aku? Kenapa bukan orang lain? Ingatlah! Allah menyayangi kamu. Mungkin jika kamu tidak diuji, lebih banyak perkara mungkar dan keji mengiringi kamu. Mungkin. Setidak-tidaknya ujian ini menidakkan banyak kemungkrran daripada kebaikan.

 

Sebenarnya Ujian Yang Kamu Hadapi Setanding Dengan Bahagia Yang Allah Siapkan Untukmu

Janganlah kamu terlalu memikirkan ujian dan halanga yang kamu sedang lalui. Tugasan kamu hanya tundukkan hatimu supaya aman dengan kesabaran dan keikhlasan. Buang segala prasangka dan tanamkan perkara positif. Fikirlah bahawa bahagian menanti kamu.

Sabarlah Kerana Ada Kebaikan yang Tidak Pernah Kamu Sangka Sebelumnya

Bersabarlah dan hadapilah ujian-Nya, terimalah keadaan yang Allah ciptakan untuk kamu. Allah SWT Maha Sempurna dalam membolak-balikkan keadaan, Maha Hebat dalam merencanakan kebaikan setelah diberi keburukan. Percaya kepada-Nya dengan sepenuh hati dengan terus bersabar.

Keindahan Pasti Datang Apabila Tiba Waktunya

Allah tidak akan mempersia-siakan air mata, rasa s4kit dan perngorbanan kamu. Tanamkan di dalam hati bahawa keindahan pasti tiba apabila sampai waktunya karena janji Allah itu pasti.

Kesabaran yang harus kamu beli walaupun dengan keperitan rasa s4kit yang tidak terkira akan Allah bayar dengan kebaikan dan kebahagiaan yang sempurna.

Daripada Shuhaib RA berkata, Rasulullah SAW bersabda : “Amat menakjubkan urusan seorang Mukmin kerana setiap urusannya adalah baik dan itu tidak akan berlaku kepada seorang pun kecuali kepada seorang Mukmin (yang sempurna keimanannya). Jika dia mendapat sesuatu yang mengembirakan dia bersyukur, maka itu adalah kebaikan baginya. Jika dia ditimpa kesusahan dia bersabar, maka itu adalah kebaikan baginya.” – (Hadith riwayat Muslim, No.Hadith : 2999)

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! SK Press

Sumber : anak bapak

 


Apa kata anda?

Be the first to comment on "Kelebihan Sabar, Disebaliknya Pasti Ada Bahagia"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*