Makna Sebenar Sanah Helwah dan Syafakallah

Dalam percakapan seharian, kita banyak menggunakan bahasa asing selain Bahasa Melayu. Selain Bahasa Inggeris, kita sering juga menggunakan Bahasa Arab.

Walaupun ianya digunakan secara meluas terutama dalam media-media sosial, masih ramai yang tidak memahami maksudnya yang sebenar. Antara ungkapan yang paling popular dan sering digunakan ialah perkataan Sanah Helwah dan Syafakallah.

MAKNA SANAH HELWAH

Dalam tulisan latin ada ditulis bermacam-macam seperti Sana Helwa, Sanah Helwah, Sena Helwa, Sena Helwah dan sebagainya. Namun sebutannya adalah sama. Apakah maksudnya perkataan-perkataan tersebut?

Ianya bermaksud Selamat Hari Jadi atau Selamat Hari Lahir. Paling popular adalah Happy Birthday.


Makna Senah Helwah – Selamat Hari Jadi atau Hari Lahir

CONTOH AYAT YANG DIGUNAKAN

“Sanah Helwah Ya Ukhti” yang bermaksud “Selamat Hari Lahir Kakak”.

Sanah Helwah. Sakinah Mawaddah Barokah Warohmah. Ianya bermaksud “Selamat Hari Lahir. Semoga Beroleh Ketenangan, Kasih Sayang, Keberkatan dan Belas Kasihan”.

MAKNA SYAFAKALLAH / SYAFAKILLAH / SYAFAKUMULLAH

Kalau kita mahu menyebut perkataan di atas hendaklah membezakan kepada siapa kita ingin menyebut. Bukan kita boleh menyebut kesemuanya dengan perkataan SYAFAKALLAH.

SYAFAKALLAH digunakan jika ucapan tersebut ditujukan kepada kaum lelaki manakala SYAFAKILLAH digunakan untuk memberi ucapan kepada kaum wanita.

Menurut tatabahasa Arab, menggunakan kalimat SYAFAKUMULLAH pula ditujukan kepada jumlah orang jika melebihi seorang tidak kira samada lelaki ataupun wanita.

Makna SYAFAKALLAH dan SYAFAKILLAH adalah “semoga Allah menyembuhkanmu”. Keduanya memiliki arti sama, hanya saja perbedaannya terletak pada cara penggunaannya.

ERTI SYAFAKALLAH SESUAI DENGAN TATABAHASA

Untuk Lelaki

1. شفاك الله (Syafakallah) – Semoga Allah memberikan kesembuhan kepadamu.

2. شفاكم الله (Syafakumullah) – Semoga Allah memberikan kesembuhan kepada anda semua.

3. شفاه الله (Syafahullah) – Semoga Allah memberikan kesembuhan kepadanya.

6. شفاهم الله (Syafahumullah) – Semoga Allah memberikan kesembuhan kepada mereka.

Untuk Perempuan

1. شفاك الله (Syafakillah) – Semoga Allah memberikan kesembuhan kepadamu.

2. شفاها الله (Syafahallah) – Semoga Allah memberikan kesembuhan kepadanya.

3. شفاهن الله (Syafahunnallah) – Semoga Allah memberikan kesembuhan kepada mereka.

RUMUSAN

Banyak lagi bahasa-bahasa arab yang popular menjadi sebutan ramai seperti La Tahzan, Jazakumullah Khairan Kathiran dan lain-lain lagi.

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! SK Press

Sumber : suka viral

 


Apa kata anda?

Be the first to comment on "Makna Sebenar Sanah Helwah dan Syafakallah"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*