Mudahnya Menjemput Rezeki Dengan Mengamalkan Bacaan Surah Al-Fatihah

Teknik menjemput rezeki terlalu banyak untuk diamalkan. Mahu atau tidak mahu sahaja. Rajin atau tidak. Semuanya adalah atas diri kita sendiri. Salah satunya adalah teknik menjemput rezeki dengan surah Al-Fatihah.

Lazimkanlah diri kita membaca surah Al-Fatihah. Surah ini semua orang islam tahu membacanya. Tiada alasan jika ada yang mengatakan tidak tahu membacanya kerana ia merupakan surah yang dibaca di dalam solat yang merupakan perkara rukun.

Amalkan surah Al-Fatihah mengikut kaedah yang anda rasa mampu. Kerana setiap orang mempunyai kesibukan masa yang berbeza. Sibuk macamana pun jangan dlupakan amalan mudah menjemput rezeki ini.

KAEDAH MEMBACA AL-FATIHAH

Teruskan membaca beberapa kaedah di bawah. Semoga anda semua boleh beramal dengan memilih mana-mana kaedah yang anda rasa anda boleh.

Kaedah Pertama

Membaca surah Al-Fatihah diantara Solat Sunat Subuh dan Solat Fardhu Subuh. Baca surah ini sebanyak empat puluh satu (41) kali. Jangan pula lupa baca Bismillah.

Kaedah Kedua

Baca surah Al-Fatihah sebanyak tujuh (7) kali setiap kali anda selesai melakukan solat lima (5) waktu. Kalau tidak solat, bagaimana untuk diamalkan. Jika mahu amalkan, kenalah buat yang wajib dulu.

Kaedah Ketiga

Baca diwaktu tengah malam. Ia sesuai dibaca semasa anda bangun tengah malam untuk melakukan Solat Sunat Tahajjud. Bacalah surah ini sebanyak empat puluh satu (41) kali.

Kaedah Keempat

Anda boleh pilih mana-mana waktu yang sesuai. Kemudian banyak Surah Al-Fatihah ini sebanyak tiga ratus tiga belas (313) kali. Amalkan selama 3, 5 atau 7 hari.

Nota: Bacalah surah Al-Fatihah ketika anda berada dalam wuduk dan mengadap qiblat.

PENDINDING KETIKA TIDUR

Surah Al-Fatihah juga adalah surah pendinding ketika kita tidur. Bacalah surah ini sekali, surah 3 Qul iaitu Surah Al-Ikhlas sebanyak 3 kali, Surah An-Nas dan Al-Falaq sekali sebelum anda merebahkan badan dan melelapkan mata.

Insya-Allah amalan ini memelihara anda daripada gangguan sy4itan, mimpi buruk, pencuri dan benc4na lain seperti kebak4ran dan sebagainya.

Semoga artikel Menjemput Rezeki Dengan Surah Al-Fatihah ini memberi manfaat kepada anda semua. Sila kongsi dan like jika anda rasa ianya sebagai salah satu ilmu untuk anda. Jika ianya baik, elok kita sebarkan. Wallahu A’lam.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! SK Press

Sumber : Suka viral

 


Apa kata anda?

Be the first to comment on "Mudahnya Menjemput Rezeki Dengan Mengamalkan Bacaan Surah Al-Fatihah"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*