Hijrah Seorang Pend0sa

Hijrah Seorang Pend0sa… satu judul yang saya ingin kupas sebagai bukti siapapun kita di masa lalu kita layak untuk menjadi insan yang lebih baik bahkan jauh lebih baik pada masa akan datang.

Tapi sebelum itu kita harus mengetahui dan memahami apakah yang dikatakan dengan konteks hijrah.

Apabila seorang pend0sa mengambil pendekatan atau tindakan untuk berhijrah perkara pertama yang harus dilakukan adalah memahami erti hijrah.

Hijrah satu perkataan yang mudah dilafazkan. Hijrah bukan hanya dipandang dari sudut kehidupan di dunia sahaja iaitu dari segi material (miskin ke kaya,susah ke senang). Sebaliknya hijrah perlu difahami secara menyeluruh meliputi fizikal dan rohani.

Hijrah di sini lebih ditekankan dengan konsep seorang pend0sa yang melakukan perubahan dalam kehidupan di samping meningkatkan ketakwaan kepada Allah untuk menjadi seorang insan yang yang berjaya dunia akh1rat.

Manakala ‘pend0sa’ seorang insan yang sering melakukan kesalahan tidak kira sekecik-kecil d0sa atau sebesar-besar d0sa. Saya hanya pend0sa, awak juga pend0sa dan mereka juga pend0sa kerana manusia tetap manusia.

Bagaimana hijrah itu dilakukan adakah hanya sekadar mengatakan aku ingin berhijrah sahaja?

Tidak sama sekali. Hijrah itu dilakukan dengan niat yang ikhlas kerana Allah dan kau lakukan perubahan sedikit demi sedikit ataupun lebih dikenali sebagai “Istiqamah”.

Inilah yang sukar dilakukan oleh setiap manusia. Ingin saya kongsikan satu kisah seorang wanita biasa seorang pend0sa dan begitu j4hil tentang kehidupan.

Seorang wanita yang lupa mengapa dia diciptakan, lupa apa yang harus dijaga sebagai seorang wanita. Ya dia pernah terlanjur dan sangat memberi kesedaran padanya ketika itu.

Atas belas ihsan dari Allah, betapa Allah menyayanginya, kasih kepadanya, cinta kepadanya maka Allah datangkan satu ujian padanya demi mendengar rintihannya. Subhanallah.

Di saat sujud terakhirnya dia selalu berdoa agar Allah jauhkan dia daripada insan yang akan menghancurkan hidupnya. Perlahan-lahan hatinya ditambahkan dengan rasa kasih dan cinta yang tinggi kepada Allah.

Bermulalah kisah penghijrahan si pend0sa. Dia mula memakai handsock, stokin dan tudung labuh. Satu kata sahaja yang diungkapkan olehnya iaitu “TENANG”.

Setiap hari dia bangkit dari mimpi ngeri, setiap hari dia cuba lupakan kisah pahit dan d0sa yang selama ini dilakukan, dan setiap hari dia menangis meratapi betapa hinanya dia di hadapan ALLAH.

Tapi dia tidak pernah mengalah, bahkan menjadi penguat baginya untuk terus istiqamah menjadi insan yang lebih baik.

Setelah berapa tahun dia istiqamah memakai pakaian yang menutup aurat terdetik hatinya ingin memakai purdah.

Saat pertama kali purdah di pakai, air mata menjadi peneman setia, kerana dia merasakan dia pend0sa layakkah dia?

Sesungguhnya orang-orang yang beriman dan orang-orang yang berhijrah serta berjuang pada jalan Allah (untuk menegakkan agama Islam), mereka itulah orang-orang yang mengharapkan rahmat Allah. Dan ingatlah Allah Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani.” (Surah Al-Baqarah 2:218)

Setiap penghijrahan yang dilakukan sudah pastinya ada cabaran yang harus dilalui dan dihadapi. Penghijrahan itu sangat-sangat sakit dan sukar tapi yakinlah manisnya penghijrahan akan diperolehi sekiranya kita bersabar.

Dalam kita berniat untuk berhijrah, kadang-kadang ada ingin munafik sepoi-sepoi hadir dalam hati kita. Bisikan-bisikan ke halwa telinga sehingga akal menerbitkan rasa ingin bertangguh dan bertangguh lagi.

Dari situlah, bermulalah perdebatan antara akal. Itulah cabaran yang paling sukar yang harus ditempuh oleh seorang pendosa untuk berhijrah.

Tentangan dari masyarakat, cemu han, hin4an, kritikan menjadikan seorang pend0sa berasa lel4h dan pen4t untuk berhijrah. Jujur menjadi seorang pend0sa yang ingin berhijrah hati harus kental.

Perbetulkan niat dan kembali istiqamah dalam jalan hijrah. Ingatlah bahawa sentiasa ada jalan ke arah kebaikan.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! SK Press

Sumber : Iluvislam

 


Apa kata anda?

Be the first to comment on "Hijrah Seorang Pend0sa"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*