Sudikah Kau Menerima H4mbaMu Yang Hin4 Ini?

Ku termenung jauh merenung ke luar jendela. Kelihatan suasana pagi yang sungguh nyaman sekali.

Di kala hujung minggu sememangnya waktu yang sesuai untuk merehatkan minda. Otakku rasa penat memikirkan masalah kerja seharian yang tidak putus-putus.

Berbunyi whatsapp daripada isteriku. Isteriku bidadariku telah mengirimkan sebuah lagu.

Cuba abang dengar sampai rasa sesuatu,” pinta isteriku bersungguh-sungguh.

InsyaAllah sayang,” balasku sambil tersenyum melihat kesungguhan isteriku ini.

Ku meneliti dan cuba menelusuri keindahan lirik lagu ini terlebih dahulu. Tampaknya lagu ini memiliki seni makna dan lafaz lirik ini juga indah. Yang memberikan pengajaran dalam menelusuri kehidupan dunia yang menipu ini.

“Semakin jauhku daripadaMu.
Semakin dekat pula Kau menghampiri daku.”

Hamba yang hina seringkali jauh daripada TuhanNya. Namun, Tuhan tidak akan membiarkan hambaNya ses4t daripadaNya. Masih diilhamkan kepada jantung hati kita jalan-jalan untuk menelusuri cinta Ilahi. Allah sayang kita.

“Siapakah diriku di pandanganMu.”

Isteriku bidadariku sentiasa menegurku dengan penuh hikmah dan tegas.

“Abang jangan lupa ya solat berjemaah. Kan bagus solat berjemaah.”

“Abang, malam sebelum tidur amalkan surah al-Mulk ya.”

Abang, jangan lupa solat sunat dua rakaat seperti solat Dhuha.”

Siapakah kami di tempatMu wahai Tuhan. Adakah kami ini telah mendust4kan nikmatMu? Tak dapatlah kami menghitung pujian kepadaMu sepertimana Engkau memuji diriMu sendiri.

“Semakin cuba kudekati, semakin kuat pula Kau mendug4iku.”

Ya, sungguh besar ujianMu kepada kami. Bagaikan lautan gelor4 yang ganas, ataupun haiwan liar memb4ham mangsaNya.

Kami memerlukan suntikan nurbisa (penawar bis4) bagi menelusuri ujian yang penuh gund4h ini. Tanpa sapaan ujian, kami masih selesa dengan kehidupan dunia yang penuh menipu ini.

Menangislah, wahai mata. Tangisan mata mendekatkan diri kepadaMu. Tangisan mata mencari cinta Ilahi.

“Bagaimana nantinya tika berhadapan denganMu. Sudikah Kau menerima hambaMu yang hin4 ini?”

“Andainya dihitung amalanku, belum pasti dapatku hampiri gerbang syurga-Mu…”

Wahai Tuhan, kami tidak sanggup ke ner4kaMu.
Kami pernah terdengar, hadis yang menyatakan seks4an paling ringan di Ner4ka.
Pabila bar4 4pi di bawah kedua telapak kaki,
sedang otaknya mendidih!

Berdegup jantung kami, untuk meniti titian ke seberang.
Ramai telah kecund4ng jatuh jurang yang dalam,
sedang tebing ner4kaMu menunggu kami.
Dalam meniti titian Sirat ke SyurgaMu

“Adapun orang yang diberikan menerima Kitab amalnya dengan tangan kirinya, maka ia akan berkata (dengan sesalnya): ‘Alangkah baiknya kalau aku tidak diberikan Kitab amalku’.” (Surah Al-Haaqqah 69:25)

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! SK Press

Sumber : Iluvislam

 


Apa kata anda?

Be the first to comment on "Sudikah Kau Menerima H4mbaMu Yang Hin4 Ini?"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*