Perjuangan Daripada Sekecil-kecil Perkara

Pesan ibu, “Terkadang hidayah atau peringatan daripada Tuhan itu hadir lewat dalam sebuah pertemuan.”

Dan untuk kesekian kali, aku temukan lagi sebuah pengajaran yang cukup bermakna. Kali ini, menerusi pertemuan aku dengan sosok seorang ibu tua, mak cik Ida.

*******

Mak Cik Ida adalah antara murid yang sudi bergurukan seorang anak muda yang masih mentah sepertiku.

Dia memberikan sepenuh kepercayaan kepadaku untuk membantunya memperbetulkan bacaan al-Quran. Meskipun usianya telah mencecah separuh abad, namun semangatnya dalam menuntut ilmu al-Quran bahkan tidak pernah sedikitpun l4yu.

Aku kagum.

“Minta maaf sangat ustaz, mak cik lewat hari ni. Tadi mak cik cuba cari cermin mata mak cik, tapi tak jumpa.”

“Eh takpe mak cik. Kalau macam tu kita tangguh bacaan kita. Kesian pula mak cik nanti “

“Takpe ustaz, insyaAllah. Nanti waktu ngaji tu, Allah bantu mak cik. InsyaAllah. Kalau kita tangguh bacaan, bila lagi mak cik nak semak bacaan mak cik,” balas Mak Cik ringkas bersama senyuman yang terukir pada ulas bibirnya.

Sekali lagi aku tergamam mendengar respon daripada Mak Cik Ida.

Mak Cik Ida memulakan bacaan. Gigih dia menatap satu persatu kalimah yang terdapat pada surah Al-Kahfi. Terkadang, sering juga dia tertukar sebutan huruf dek batas penglihatannya. Namun dia masih tetap meneruskan bacaan.

“Subhanallah,” getus hati kecilku.

Kegigihan dari seorang ibu tua yang tidak pernah henti meneruskan perjuangannya. Dan mungkin sahaja, untuk seorang Mak Cik Ida, perjuangannya adalah di medan ilmu.

Perjuangannya menentang rasa ketertewasan yang mungkin hadir lewat ujian kecil yang menimpanya. Dan dia memilih untuk tidak menjadikan itu sebagai alasan untuk terus berm4las-m4lasan.

Bahkan dia tetap gigih untuk melunaskan segala tanggungjawabnya dan akhirnya dia berhasil menamatkan bacaan surah tersebut dengan baik.

Ternyata melalui kisah kegigihan mak cik Ida membuatkan aku sedar, bahawa yang disebut tentang perjuangan itu tidak sekadar kita mengangkat senj4ta di medan pert4rungan. Tidak semestinya melibatkan pertump4han d4rah antara kita.

Perjuangan adalah soal kita menentang segala apapun yang melum puhkan, demi mengecapi sebuah pengakhiran yang diimpikan. Membina tembok yang menepis segala getir yang mampu mer4napkan sebuah impian.

“Perjuangan adalah jembatan menuju impian, hanya dengan berjuanglah kita sampai pada mimpi kita.” – anonymous –

Dan seperti kita seorang manusia, setiapnya punya perjuangan di medan masing-masing. Aku dan kalian punya perkara yang harus segera dituntaskan.

Meskipun perjuangan kita mungkin sahaja dilihat berbeza mengikut medan-medan yang kita tempuhi.

Seperti,
Seorang dokor yang berjuang menyelamatkan pes4kitnya.

Seperti,
Seorang guru yang berjuang mendidik anak bangsanya.

Seperti,
Seorang penulis yang berjuang menyebar kebaikan lewat kata kakunya.

Dan mereka-mereka yang sedang berjuang di medan masing-masing.

Perjuangan itu ternyata bermula dari sekecil-kecil hal yang kita kerjakan. Dan dari itu kita akan mulai sedar soal tanggungjawab. Yang akhirnya menjadikan kita seorang manusia yang tidak sekadar sambil lewa dalam apapun hal yang kita lakukan.

Kesedaran soal tanggungjawab adalah senjata yang paling ampuh menentang segala sikap yang merobohkan!

Seperti mak cik Ida yang setia di medan ilmunya. Yang mungkin sahaja itu adalah perjuangan yang terbesar buat seorang Mak Cik Ida untuk terus dan selamanya mencari kebaikan dan peningkatan dalam hidupnya.

Dan untuk kita seorang manusia bahkan seorang hamba yang hidup bertuhan, paling tidak perjuangan kita pasti seiring. Untuk selamanya berjuang merebut redha Ilahi.

Semoga aku dan kalian diberikan kekuatan, untuk terus teguh di medan masing-masing. Bersungguhlah dalam setiap perjuangan yang kita sedang atau bakal tempuhi.

Bukankah kita semuanya mengimpi untuk meraih syurga yang tertinggi?

Semoga kekal kuat semuanya. Moga Allah meredhai setiap perjuangan yang kita kerjakan.

“ Keterbatasan tak ubahnya situasi yang dibuat Tuhan untuk membuat kita lebih berjuang. Jika berhasil melewati keterbatasan itu, buah perjuangan yang kita dapatkan akan lebih berkesan.” -Hanum Salsabiela Rais, Bulan Terbelah di Langit Amerika-

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! SK Press

Sumber : Iluvislam

 


Apa kata anda?

Be the first to comment on "Perjuangan Daripada Sekecil-kecil Perkara"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*