Budak 12 Tahun Tunjuk Bakat Jadi Arkitek, Mampu Buat Model Rumah Macam Profesional

Budak 12 Tahun Tunjuk Bakat Jadi Arkitek, Mampu Buat Model Rumah Macam Profesional

Bukan calang-calang, seawal usia 12 tahun, adik A1riel Haziq sudah mula menunjukkan bakat persis seorang arkitek profesional.

A1riel yang meminati bidang seni bina pernah menarik perhatian orang ramai apabila berjaya menghasilkan lakaran pelan bangunan yang kemudiannya digunakan untuk merenovasi dapur rumahnya send1ri. Malah, video beliau turut mendapat perhatian vlogger luar negara yang kagum dengan kemahirannya.

Mungkin ada antara kita yang teruja dan tertanya-tanya bagaimana anak semuda itu sudah mampu menghasilkan lakaran yang seakan profesional.

Jawapannya, semuanya bertitik tolak daripada minat beliau send1ri dan sokongan daripada ibu bapa yang tidak pernah jemu memberikan yang terbaik buat anak mereka.

Menurut perkongsian bapanya, Encik Mohd Hardy kepada kami, beliau dan isteri sentiasa memberi galakan terhadap minat anaknya. Dari menjawab persoalan kejuruteraan sehingga menyediakan bahan pembelajaran, mereka sedaya upaya cuba memberikan yang terbaik untuk mengembangkan bakat A1riel.

Malah, mereka berusaha menjawab setiap soalan yang ditanya walaupun ia berlainan dari bidang mereka yang masing-masing bekerja sebagai pegawai penyelaras insurans dan jururawat (isteri).

“Saya suka sangat layan pertanyaan anak-anak. Kadang-kadang saya terpaksa ambil tahu benda yang saya tak tahu untuk jelaskan. Kadang-kadang kena jadi jurutera, kadang-kadang jadi cikgu, ahli sukan.. macam-macam lah,” katanya.

Pesan beliau, ibu bapa tidak boleh sesekali mematahkan impian anak-anak, sebaliknya, cuba penuhi impian mereka.

Menceritakan perihal anak sulungnya yang gemar bertanya, kata Mohd Hardy, beliau mencari jawapan dengan merujuk rakan-rakan dalam bidang seni bina dan Internet untuk membantu anaknya.

“Soalan anak-anak mesti dijawab. Walaupun tak ada jawapan, mesti kena cari.

“Sekurang-kurangnya dia ada jawapan yang logik. Memori anak-anak masih segar. Dapat, terus simpan. Bila dah besar, sayang masa tu dah berlalu. Tak ada input yang otak perlukan,” katanya.

Kongsi Mohd Hardy lagi, mereka membelikan buku-buku berkaitan kejuruteraan buat anaknya.

“Saya tak adalah pandai sangat. Saya dan isteri anak orang susah. Semuanya kami survive send1ri. InsyaAllah ada jalannya.

“Saya belikan buku-buku yang agak advance berbanding umurnya (A1riel),” kongsi beliau.

Tebal muka sapa jurutera, arkitek

Selain itu, Mohd Hardy turut berkongsi kisah di mana beliau ‘menebalkan muka’ untuk menyapa dua orang jurutera dan arkitek yang sedang berbincang mengenai projek mereka di sebuah kedai makan semata-mata kerana minat ditunjukkan A1riel terhadap perbincangan itu.

“Ada sekali tu, anak saya ni baru balik sekolah. Kami singgah makan di satu restoran. Di belakang meja kami ada seorang arkitek dan jurutera buka plan atas meja.. tengah bincang kot.

“Si A1riel ni dah tak senang duduk. Mata banyak fokus kat sana.

“Saya faham sangat-sangat dah.. Saya buat tebal muka, bangun basuh tangan, terus jelaskan minta izin untuk A1riel duduk tepi dengar apa yang dibincangkan.”

Jelas beliau, kedua-dua mereka bersikap terbuka dan mengajak A1riel menyertai perbincangan tersebut. Malah, mereka turut memberikan nombor telefon kepada A1riel untuk sebarang pertanyaan.

Melihat kepada sokongan dan dorongan ibu bapanya, maka tidak hairanlah adik A1riel boleh mengembangkan minatnya sehingga di mana beliau berada sekarang.

Terbaru, adik A1riel kini bakal menyertai pertandingan Science, Technology, Engineering & Mathem4tic (STEM4all)  di mana beliau dan pasukan akan mewakili sekolahnya, SK Taman Uda membentangkan pelan dan model seni bina pada minggu ini.

Berikut adalah gambar-gambar proses pembuatan pelan dan model rumah dikongsikan bapanya kepada kami.

Semoga berjaya adik A1riel!

Sumber: Mohd Hardy

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @Satkoba


Apa kata anda?

Be the first to comment on "Budak 12 Tahun Tunjuk Bakat Jadi Arkitek, Mampu Buat Model Rumah Macam Profesional"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*