Gigi Susu Budak Ini Terpaksa Dicabut Kerana ‘Menderita’ Karies Seawal Usia 2 Tahun

Gigi Susu Budak Ini Terpaksa Dicabut Kerana ‘Menderita’ Karies Seawal Usia 2 Tahun

Memberi anak kecil minum susu menggunakan botol adalah rutin biasa yang diamalkan kebanyakan ibu bapa.

Malah ketika usia anak sekecil itu, ada segelintir ibu bapa sudah memberikan mereka minuman manis yang mempunyai gula putih, susu dan sebagainya.

Namun, satu perkara lagi yang mungkin ibu bapa terlepas pandang adalah kesan selepas memberi minuman tersebut kepada anak mereka, di mana

Percaya atau tidak, ada kes gigi seorang kanak-kanak terpaksa dicabut semua kerana mengalami kerosakan yang teruk?

Ikuti perkongsian yang dijelaskan oleh seorang pengamal perubatan pergigian, Dr. Azila Mohd Kasim seperti di bawah ini.

Anak sekecil secomel 2 tahun ini sudah dicabut semua gigi susunya. Kenapa?

Perkongsian cerita ini telah mendapat kebenaran ibunya demi memberi kesedaran dan pengajaran ibubapa diluar sana.

Ayden sangat susah untuk diberus giginya. Gusi sering berd4rah dan mengadu s4kit. Makan juga agak susah, maka dietnya hanya minum susu botol. Kebiasaannya apabila melihat kaum keluarga makan, dia akan meminta disuapkan.

Tetapi setelah disuap makanan oleh ibunya, dia tidak mengunyah malah diluek keluar makanannya.

Ibu pernah membawa Ayden berjumpa doktor gigi kerajaan untuk pemeriksaan. Sebaik diperiksa, doktor gigi memberi ubat tahan s4kit.

Kemuncak kejadian, Ayden menangis-nangis tidak boleh tidur 2-3 malam akibat s4kit gigi. Ibu memberi ubat tahan s4kit tetapi tangisannya tidak reda. Ketika itu klinik kerajaan tutup.

Maka ibubapa membawa ke bahagian kecemasan hospital. Doktor gigi ‘oncall ‘ memberi ubat tahan s4kit paracetamol.

Ayden tetap nangis kes4kitan, keesokan paginya ibubapa membawa Ayden ke klinik gigi swasta. Doktor gigi tersebut menyarankan agar dirujuk ke pakar pergigian di hospital kerajaan kerana gusi sudah mulai bengk4k-bengk4k.

Sebaik jumpa doktor pakar di hospital, doktor memberi ubat antibiotik untuk dihabiskan . Rawatan tidak dapat terus dijalankan kerana senarai menunggu pes4kit sangat ramai.

Mereka terpaksa pulang dan menunggu panggilan dari pihak hospital. Sekiranya ada pes4kit lain yang terpaksa dibatalkan prosedur di dalam bilik pembedahan, barulah giliran rawatan Ayden akan di buat.

Kena pulang tunggu lagi. Selepas 2 hari menunggu, alhamdulillah dapat panggilan daripada pihak pakar bedah mulut hospital. Doktor memaklumkan Ayden perlu menjalani cabvtan semua gigi susu dibawah bius umum (General Anaesthesia).

Boleh bayangkan bagaimana perasaan ibubapanya setelah prosedur? Melihat mulut anaknya penuh dengan jahitan dan bekas d4rah cabvtan gigi?

Alhamdulillah..Sekarang semua sudah selesai.

Cabut semua gigi susu? YA betul.

Ini kerana Ayden mengalami Karies Awal Kanak-Kanak. Kes Ayden berpunca dari minum botol susu.

APAKAH KARIES AWAL KANAK-KANAK?

Karies awal kanak-kanak adalah kerosakan gigi yang berlaku pada kanak-kanak di bawah umur enam tahun. Ia melibatkan sebatang atau lebih sebatang gigi.

Ia merupakan proses pendemineralan asid terhadap gigi akibat kehadiran plak (tahi gigi) dan air liur.

Diantara punca kejadian karies gigi :

1. Kekerapan pengambilan makanan dan minuman yang mengandungi gula tinggi seperti gula-gula, makanan manisan.

2. Kurang atau tidak memberus gigi.

3. Teknik memberus gigi yang tidak betul dan tidak berkesan untuk menanggalkan plak sisa makanan

4. Menyusu botol minuman yang mengandungi gula sukrosa.

5. Transmisi (pemindahan) bakteria daripada ibubapa / penjaga kepada anak melalui air liur.

Contoh: Ibu dan anak berkongsi sudu makanan. Kebersihan mulut ibu yang tidak memuaskan boleh menjangkitkan bakteria dari ibu kepada anak.

6. Pengambilan ubat yang mengandungi gula (supplement tambahan)

KENAPA GIGI AYDEN ROSAK HINGGA MENYEBABKAN bengk4k GUSI?

Sekiranya gigi berlubang tidak dirawat, lubang ini akan menjadi lebih besar dan merebak ke bahagian saraf gigi (pulpa) dan boleh menyebabkan jangkitan dan bengk4k gusi.

Sekiranya ini terjadi, rawatan yang lebih kompleks diperlukan iaitu rawatan akar ataupun cabvtan bagi mengelakkan kerosakan kepada gigi kekal yang sedang terbentuk di dalam rahang kanak-kanak berkenaan.

APAKAH KESAN CAbvtaN AWAL GIGI SUSU?

Cabvtan gigi susu yang terlalu awal boleh menyebabkan kesesakan pada rahang akibat pergerakan gigi dan akhirnya boleh menyebabkan tiada ruang yang secukupnya untuk gigi kekal tumbuh.

Jika ini berlaku, gigi kekal yang tumbuh akan berlapis dan kanak-kanak ini mungkin memerlukan rawatan ortodontik contohnya braces untuk membetulkan kedudvkan gigi kekal berkenaan.

BAGAIMANA MENCEGAH KARIES GIGI SUSU?

1. Mulakan membersih gigi anak anda apabila gigi pertama sudah tumbuh. (Gosok dengan tuala pun ok)

2. Gunakan ubat gigi berflorida

• Secalit nipis umur kurang 2 tahun

• Sebesar saiz kacang ‘pea’ 2-5 tahun,

• 2 minit x 2 kali sehari

Ibubapa / penjaga perlu membantu dan pantau anak-anak bawah 8 tahun memberus gigi.

3. Ibubapa / penjaga perlu mengangkat bibir atas anak (Lift the Lip Technique), untuk memastikan tiada plak terkumpul di bahagian pinggir gusi.

4. Jangan biarkan anak anda tidur sambil menghisap botol susu. (juga susu badan)

Keluarkan botol susu dari mulut sebaik sahaja habis menyusu botol. Jangan biarkan anak mengempeng susu botol !

5. Berhenti menyusu menggunakan botol (umur 1-3 tahun) dan diganti dengan cawan.

6. Jangan kongsi sudu/garpu atau merasa makanan sebelum menyuap kepada anak anda.

7. Elakkan letak gula / manisan ke dalam botol susu.

8. Pengambilan diet yang mengandungi gula rendah dan pantau kekerapan pengambilan makanan ringan.

9. Menggunakan ubat ‘bebas gula’ sekiranya perlu makan ubat berbentuk cecair

10. Minum air masak / berkumur selepas ambil ubat cecair yang mengandungi gula. Ini sebagai bilasan mulut.

11. Pastikan pemeriksaan gigi dilakukan sebelum kanak – kanak berumur satu tahun. Seeloknya sebaik sahaja gigi susu mulai tumbuh.

Menjalani pemeriksaan gigi secara berkala (disarankan 3 – 6 bulan sekali ).

12. Jika anak anda mengalami s4kit gigi atau bengk4k sila dapatkan rawatan segera.

13. Sapuan Florida. (Pastikan gigi sudah di gosok)

Dapatkan sapuan florida untuk anak anda di klinik pergigian berdekatan bagi mencegah karies gigi.

Sekian.

Bantu saya kongsikan informasi ini agar lebih ramai ibubapa lebih peka bersama-sama menjaga gigi anak masing-masing.

Dr. Azila Mohd Kasim

Klinik Pergigian Azila Bangi

Sumber: Dr. Azila Mohd Kasim

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @Satkoba

 


Apa kata anda?

Be the first to comment on "Gigi Susu Budak Ini Terpaksa Dicabut Kerana ‘Menderita’ Karies Seawal Usia 2 Tahun"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*