Ebit Lew dianugerahi dengan Anugerah Khas sempena Hari Belia Negara 2020

Ebit Lew dianugerahi dengan Anugerah Khas sempena Hari Belia Negara 2020

Pendakwah terkenal, ustaz Ebit Lew menjadi antara 13 pemenang Anugerah Perdana Belia Negara yang menerima Anugerah Khas sempena perasmian Sambvtan Hari Belia Negara 2020 Peringkat Kebangsaan hari ini.

Beliau menerima wang tunai RM10,000, piala dan sijil penghargaan disampaikan oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Persada, Johor Bahru.

Memetik laporan Astro Awani, pendakwah berusia 36 tahun itu menerima anugerah tersebut berikutan usaha gigihnya yang bergerak ke seluruh pelosok tanah air bagi menghulurkan bantuan semasa pandemik Covid-19.

Menerusi laman Facebook miliknya, beliau meluahkan rasa syukur atas penghargaan tersebut selain mendoakan agar anak muda terus menjadi pembimbing kepada redha Allah SWT.

Syukur Alhamdulillah terima kasih semua atas doa dan anugerah. Tiada apa saya lakukan berbanding ramai orang. Hari ini…

Posted by Ebit Lew on Saturday, August 15, 2020

“Terima kasih Tan Sri Muhyiddin Yasin yang sangat baik hati. Tadi makan sekali. Segan lak saya. Saya ni biasa-biasa je.

“Terima kasih Menteri Belia dan Sukan Dato Seri Rizal Merican yang memberi sokongan kepada usaha yang saya lakukan. Semoga Allah beri rahmat dan kebaikan buat pemimpin negara Malaysia tercinta ini,” tvlisnya.

Sumber : Astro Awani , Ebit Lew

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @Satkoba


Apa kata anda?

Be the first to comment on "Ebit Lew dianugerahi dengan Anugerah Khas sempena Hari Belia Negara 2020"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*