Bukan Nak Belajar Y0utube, Tapi Ini Sebab Kenapa Imam Masjid di Melaka Mahu Jumpa Sugu Pavithra

Sebut sahaja nama Sugu Pavithra pasti ramai yang kenal dengan pasangan Youtuber berbangsa India dari Malaysia ini. Fasih berbahasa Melayu menjadikan pakej mereka mudah dikenali dan didekati.

Namun siapa sangka populariti ‘channel’ masakan mereka begitu mendadak sehinggakan perdana menteri Muhyiddin Yassin menghantar hadiah kepadanya.

Setiap video yang dimuatnaik pasangan ini meraih ratusan ribu ‘view’.

Ini secara tidak langsung memberi pendapatan yang awalnya sekadar suka-suka dan mencari pendapatan sampingan, kini mendapat hasil lumayan.

Pavithra juga mengakui pendapatan pertama dibayar Youtube melebihi dari apa yang dijangka. Bahkan berkali ganda melebihi gaji suaminya yang bekerja di ladang.

Imam mahu jumpa, ini sebabnya

Malah populariti yang diraih pasangan YouTuber itu dalam sekelip mata membuatkan nama mereka sering terpapar di laman media tempatan.

Terbaharu, seorang imam masjid menyatakan hasratnya untuk mengundang S.Pavithra bagi menyediakan hidangan kari semasa sambvtan Hari Raya yang bakal dianjurkannya pada akhir tahun ini.

Norizanuddin Md Tahir, Imam Masjid Kampung Baru, Alor Gajah berkata, pelawaan itu secara tidak langsung dapat menjalinkan hubungan antara dua budaya.

” Bagi saya, dia adalah rakan saya dari Malaysia, dan saya bangga dengan pencapaiannya dalam jangka masa yang singkat dia telah bergelar sebagai YouTuber,” katanya.

Norizanuddin, yang menguruskan Madrasah Tahfiz Baitul Nur di Alor Gajah berkata, dia terpaksa menangguhkan sambvtan Aidilfitri sehingga hujung tahun ekoran pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

” Saya berhasrat menganjurkan sambvtan secara kecil-kecilan selepas wabak COVlD-19 reda.

” Sugu Pavithra dapat membantu melatih para sukarelawan saya dalam menyediakan hidangan kari yang lazat untuk sambvtan itu terutama hidangan kari kepala ikan,” katanya.

Norizanuddin berkata, dia gemar menonton video wanita itu bersama suaminya yang begitu merendah d1ri ketika menyediakan hidangan di YouTube.

” Saya dibesarkan dalam kejiranan berbilang kaum.

” Ada ketika keluarga saya terpaksa berkongsi makanan dengan jiran Cina dan India kerana kemiskinan kita ketika itu.

” Tambahan pula, Islam mengajar kita untuk bersikap adil kepada semua orang tanpa melihat status, bangsa, agama atau keturunan mereka,” tambahnya.

S.Pavithra, 28, dari Sungai Siput, Perak menjadi perhatian netizen ketika ini menerusi video pelbagai jenis masakan yang dimuat naik di YouTube.

Kepetahannya bertutur dalam Bahasa Melayu bejaya menambat hati rakyat Malaysia daripada pelbagai peringkat umur dan kaum

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @Satkoba

 


Apa kata anda?

Be the first to comment on "Bukan Nak Belajar Y0utube, Tapi Ini Sebab Kenapa Imam Masjid di Melaka Mahu Jumpa Sugu Pavithra"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*