“Bayangkan Ni Parents K0rang…” Pasangan W4rga Emas Taknak Svsahkan Anak, Cari Duit Sendiri Jadi Grab Rider

Kata orang, pada usia tua sepatutnya kita dah patut rehat dan goyang kaki. Menikm4ti hari tua sambil bermain dengan cucu dan dah tak perlu risau pasal perbelanjaan sebab selalunya anak-anak yang berikan.

Tapi, baru-baru ini satu pasangan warga emas viral lepas kisah mereka dikongsikan oleh seorang pemilik restoran di Thailand. Pasangan ini membuktikan usia bukanlah penghalang untuk mereka berhenti bekerja dan masih mampu untuk mendapat wang hasil titik peluh send1ri.

 

Rupa-rupanya mereka telah mendaftar untuk menjadi rider GrabFood dan menghantar makanan kepada pelanggan. Menurut mereka, tujuan sebenar adalah kerana mahu berdikari dan tidak sanggup membebankan anak-anak mereka beri belanja.

 

Kata mereka, setiap hari mereka akan membuat penghantaran di mana suami akan mengambil makanan dari restoran dan menunggang motor. Manakala si isteri pula akan bantu bungkus dan susun makanan dalam bag penghantaran tersebut.

Pemilik restoran sushi di Hatyai apabila makanan yang dipesan oleh pelanggan melalui aplikasi Grabfood itu diambil oleh ‘rider  tua’. Biasanya kita lihat rider ini orang muda- muda tapi pasangan warga emas ini pula tiba depan kedai sushi tu.

Pemilik restoran sushi itu kemudian mengambil peluang untuk berkongsi kisah pasangan ini dengan gambar mereka di Facebook untuk memberi inspirasi kepada orang ramai. Pasangan ini membuktikan meskipun mereka sudah tua namun azam dan kesungguhan mereka untuk hidup berdikari menjadikan ianya tidak mustahil.

Comelnya… h4rap pasangan ni sihat selalu dan selamat di jalanan…

Sumber: lobakmerah

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @Satkoba

 


Apa kata anda?

Be the first to comment on "“Bayangkan Ni Parents K0rang…” Pasangan W4rga Emas Taknak Svsahkan Anak, Cari Duit Sendiri Jadi Grab Rider"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*