Jam 12 Malam Ebit Lew Keluar Dan Selesai Semua Pada Jam 2 Pagi

Pendakwah terkenal, Ustaz Ebit Lew mendedahkan perjalanan hidupnya kepada umum.

Perkongsian dimuat naik di Facebook rasminya menjelaskan kepada segelintir pihak yang mempersoalkan harta kekayaan beliau.

Rata rata tahu bahawa Ustaz Ebit Lew sememangnya suka menolong orang susah. Pernah dia ungkapkan bagaimana dia boleh tidur nyenyak sedangkan dia tahu ada keluarga diluar sana yang tidur tak nyenyak.

Sayu hati 12 malam mula gerak dan 2pagi baru selesai

Hari ini Ebit Lew telah memuat naik 1 lagi posting bantuan (sedekah) kepada yang memerlukan. Kali ini beliau bergerak pada waktu malam dan lokasi kali ini di pusat bandaraya Kuala Lumpur.

Sayu hati 12 malam mula gerak dan 2pagi baru selesai berkongsi rezeki. Bersama kawan-kawan pusing kl. Bawa 300 bungkus nasi goreng ayam, airkotak dan beri duit raya. Sekejap jer habis. Ramai betul 12 malam dah. Ada tidur tepi longkang dan tepi bangunan di kl. Jejantas dan bawah jambatan. Sewa bilik kecil duduk seorang diri. Sedih rasa ada pakcik makcik dah berumur puluh tahun hidup di jalanan. Ada remaja anak muda yang kerja sikit-sikit. Sekarang semua dah tiada kerja. Sekejap jer habis 300 bungkus makanan. Sayunya rasa hati.

Begitulah ujian dan bahagian hidup masing-masing. Buat waktu sahur begini berfikir satu jer. Kita semua sebuah keluarga. Ada Melayu,Cina,India dan juga sikit-sikit warga luar. Doakan saya ada fikir untuk bawa beberapa orang untuk sewakan bilik dan carikan pekerjaaan. Doakan yer.

Ebit Lew Juga Berniaga

Beliau menceritakan, selama 10 tahun menceburi pelbagai bidang perniagaan, pernah jua mengalami kepayahan dalam hidup namun tidak pernah melupakan kerja dakwah, bersedekah dan menabur kasih sayang sejak dari kecil.

Memeluk Islam ketika berumur 12 tahun, Ustaz Ebit Lew pernah tidur atas hamparan guni mendorongnya membantu golongan memerlukan sehingga kini.

Lelaki berusia 36 tahun ini pernah juga merasai nikmat wang bernilai RM2 ketika zaman susah menjadikan hidupnya lebih menghargai masyarakat yang serba kekurangan.

Mula menapak dalam bidang motivasi bersama Datuk Dr Mohd Fadzilah Kamsah dan Profesor Hanim yang akhirnya memiliki programnya sendiri seperti keluarga sunnah dan prokids remaja.

“Program keluarga sunnah sekali hadir 7,000 orang. Prokids remaja pula, saya jelajah seluruh Malaysia. Syukur ramai yang mendapat manfaat.

“Saya ada 3 restoran Paramount Coffee House. Sebenarnya dah rancang nak buka seluruh Malaysia termasuk di luar negara. Butik hari pertama buka sale habis jubah semua. Selepas itu makin semangat. Syukur rezeki makin melimpah ruah,” katanya.

Walaupun terlibat dalam aktiviti kebajikan, Ustaz Ebit Lew juga meminati bidang penulisan di mana beliau juga menghasilkan sembilan buku berbentuk motivasi dan kekeluargaan.

Selain itu, beliau juga memiliki dua program di stesen penyiaran iaitu Door to door Ebit Lew dan A bit with Ebit yang sudah memasuki musim kedua.

Beliau juga berkongsi antara rahsia murah rezeki kerana yakin dengan ALLAH malah paling penting adalah rajin, tiada tempat dunia dan akhirat untuk orang malas.

“Yakin pada ALLAH. ALLAH beri rezeki. Dia punya semua, tiada kita punya. Jaga solat awal waktu. Bila susah selalu beri masa solat sunat seperti tahajud dan dhuha. Jaga mak ayah dan mentua dengan baik,” pesannya.

Sumber : Facebook Ebit Lew

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @Satkoba


Apa kata anda?

Be the first to comment on "Jam 12 Malam Ebit Lew Keluar Dan Selesai Semua Pada Jam 2 Pagi"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*