Fazura Terpaksa Batalkan Hasrat Bawa Fatima Melancong Luar Negara

Berikutan penularan wabak cov1d-19 varian jenis Omicron mula berleluasa di luar negara, banyak negara telah mula mengeluarkan perintah larangan menyekat pergerakan pelancongan di negara masing-masing.

Batal Rancangan Melancong Kerana Lebih Sayangkan Anak

Usahawan selebriti jelita, Nur Fazura yang memuatnaik foto yang memaparkan pembaca berita luar negara yang menyampaikan kenyataan sekatan pelancongan di Instagram nya menarik perhatian ramai.

Berdasarkan perkongsian wanita serba boleh ini di Instagram nya, Fazura seperti merancang untuk membawa anak perempuan kesayangannya bercuti ke luar negara.

Namun hasrat tersebut terpaksa dibatalkan, gara-gara penularan virus varian jenis Omicron mula menular di luar negara.

Foto – Instagram @missfazura

“Maaf Fatima, nampaknya kita tak akan melancong dalam waktu terdekat. Mommy sayangkan kamu lebih dari segalanya.” Luahnya

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Nur Fazura (@missfazura)

DG Hisham, Rakan Artis Dan Peminat Beri Komen Menarik

Melihat hantaran Fazura di media sosial itu,  Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dato’ Seri Doktor Noor Hisham, rakan industri, dan peminat menyarankan agar usahawan selebriti tersebut duduk di rumah sebagai langkah berjaga-jaga.

“Ya baik duduk rumah” @nad.zainal

“ia menakutkan” @catrionabrianross

“emoji thump up” @dghisham

Foto – Instagram @missfazura

Selain itu, ada juga peminat yang menyarankan usahawan jelita ini untuk bawa Fatima bercuti di dalam negara sambil beri nasihat elak berkunjung ke tempat yang ses4k dan ramai orang.

“Baru nak nampak sinar, terus terbantut pasal Omicron ni. cov1d oiii tolong pergi planet lain! ASAP. Takpa la mommy, bawa Fatima pergi bercuti dalam negara je dulu.”

“Pilihan yang tepat mummy.”

“Boleh melancong dalam negara tapi elak tempat ses4k.. Jaga keselamatan.” Komen peminat

Foto – Instagram @missfazura

Gara-gara Omicron terpaksa batal hasrat nak bawa keluarga bercuti ke luar negara, sama-sama kita doakan yang agar wab4k ini dapat ditangani segera.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! SK Press

Sumber : Murai my


Apa kata anda?

Be the first to comment on "Fazura Terpaksa Batalkan Hasrat Bawa Fatima Melancong Luar Negara"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*