Detik cem4s dikej4r kerbau, apa kesudahannya dalam video raih 1.2 juta tontonan? Kerana haiwan… paha gadis ini luk4 berj4hit, terpij4k t4hi pun pernah!

SEKALI pandang macam j1nak, itulah seekor kerbau ketika dilihat bersama kawan-kawannya sedang makan rumput, tetapi realitinya sukar diduga.

Realitinya menerusi satu perkongsian video di laman sosial menunjukkan kerbau bersaiz lebih besar daripada sekumpulan haiwan itu secara tiba-tiba meluru ke arah perakam.

Adegan yang sangat pantas itu tidak ubah seperti festival laga lembu yang begitu popular di beberapa negara seperti Sepanyol dan Portugal.

Namun tidak dipastikan apakah pengakhiran kepada video pendek berdurasi 11 saat itu, sama ada perakam ditanduk oleh kerbau yang ‘mengganas’ itu atau sebaliknya.

Individu yang membuat rakaman itu, Wan Nur Zahirah Wan Zunaidi mendedahkan kejadian berlaku di tepi sungai Kuala Telemong di Kuala Terengganu, Terengganu, baru-baru ini.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by mStar (@mstaronlineofficial)

Remaja berusia 17 tahun itu bagaimanapun berkata, tiada kem4l4ngan jiwa atau keced3raan serius berlaku yang mungkin dibayangkan oleh mereka yang menonton video tersebut.

“Masa tu saya dan adik lelaki sedang jaga kerbau-kerbau ternakan ayah yang dilepaskan di tepi sungai. Saya sekadar gurau-gurau buat rakaman naik motor yang ditunggang adik.

“Saya menyanyi sambil hulur tangan, tapi tak sangka pula kerbau betina tu tiba-tiba datang kejar kami. Bila makin dekat, saya buat bunyi mulut macam m4rah kat kerbau tu sebelum dia berhenti dan kembali kepada anaknya yang sedang makan rumput,” katanya kepada mStar.

kerbau lembu irah 4

Irah menjaga kerbau balar.

Lebih mesra disapa Irah, katanya, bapanya berusia 44 tahun mencari rezeki sebagai penternak kerbau dan lembu sejak dia masih kecil.

“Buat masa ini, ayah ada kira-kira 26 ekor kerbau, enam daripadanya dijaga di kandang dan 20 lagi dilepaskan. Ayah juga ternak sembilan ekor lembu.

“Kesemuanya untuk jual beli d4g!ng. Saya tolong ayah beri makan kerbau dan lembu, basuh kandang dan mencari rumput untuk dimakan haiwan itu,” katanya sambil menambah kandang ternakan di kampungnya di Kampung Kubang Palas di Kuala Telemong.

kerbau lembu irah 6

Salah seekor kerbau yang dij1nakkan.

Menurut anak sulung daripada lima beradik itu, kerbau-kerbau yang dilepaskan tidak mengganas tetapi tidak begitu j1nak seperti haiwan ternakan itu yang dijaga di kandang.

“Kedua-dua kerbau jenis dalam kandang dan dilepaskan memang j1nak dengan ayah. Saya okay je mana-mana, cuma kerbau yang dilepaskan ni bukannya boleh percaya sangat.

Kerbau jenis dalam kandang dan dilepaskan memang j1nak dengan ayah. Saya okay je mana-mana, cuma kerbau yang dilepaskan ni bukannya boleh percaya sangat

WAN NUR ZAHIRAH WAN ZUNAIDI

“Kerbau betina tu memang yang paling besar antara kawan-kawan dia, macam ketua kumpulan. Dah dua kali kena kejar, termasuk dalam video yang viral.

“Tapi setakat ini, tak pernah lagi saya cedera atau luka kena kejar atau sondol dengan kerbau-kerbau tu. Kerbau-kerbau ni tak gan4s,” tambahnya.

kerbau lembu irah 1

Irah turut menjaga lembu ternakan.

Siapa sangka gadis ini pernah merasai pengalaman pahit apabila mengalami luk4 di kaki, bukan disebabkan kerbau atau lembu ternakan bapanya, tetapi disebabkan seekor kucing.

“Masa tu saya berusia 13 tahun dan belajar di sekolah berasrama. Tengah makan di dewan makan asrama, tiba-tiba ada seekor kucing nak terj4tuh dari meja tempat saya makan.

“Agaknya sebab terkejut nak terj4tuh, kucing tu sempat c4kar kain baju sekolah saya. Paha saya luka berd4rah sampai kena jahit tapi cedera ringan saja, sejak itu saya takut dengan kucing… lagi takut daripada kerbau,” ujarnya secara berselor0h.

kerbau lembu irah 3

Kerja-kerja membasuh kandang dan menjaga haiwan ternakan merupakan antara rutin Irah.

Berdasarkan pengalaman menjaga haiwan ternakan sejak tingkatan dua, Irah turut berkongsi pengalaman lucu apabila kakinya berlumuran dengan n4jis lembu.

“Masa tu saya jalan-jalan dan rumput agak panjang sehingga terjerlus dalam lubang saluran n4jis masa nak hambat lembu. Sampai ke paras betis kedua-dua kaki saya disalut tahi lembu… tapi tak ada fikir bau bvsuk pun sebab bagi saya itu perkara biasa,” katanya.

Video Irah dikejar kerbau yang dikongsi di aplikasi TikTok meraih lebih 1.2 juta tontonan.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! SK Press

Sumber : Mstar


Apa kata anda?

Be the first to comment on "Detik cem4s dikej4r kerbau, apa kesudahannya dalam video raih 1.2 juta tontonan? Kerana haiwan… paha gadis ini luk4 berj4hit, terpij4k t4hi pun pernah!"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*