Gempar! PM Dijangka Menghadap Agong dan Melepaskan Jawatan, Ini Barisan Kabinet yg Baru Akan Dibentuk

Kemelvt yang melanda pentadbiran negara nampaknya semakin merunc1ng apabila khabar angin berkenaan peletakkan jawatan Perdana Menteri semakin betiup kencang.

Semenjak UMNO menarik balik sokongan terhadap perdana menteri dan kerajaan Perikatan Nasional (PN), terdapat pegawai menteri yang telah mula mengemas barang dan mengosongkan pejabat masing-masing pada awal Ogos lalu.

Seorang pegawai menteri yang dihubungi Sinar Harian mengatakan beliau sudah pun mengemas barang-barangnya semenjak kem.elut politik melanda.

Menurutnya, barang-barangnya hanya tinggal sedikit sahaja lagi memandangkan beliau sudah mula mengemas sejak sebelum UMNO menarik balik sokongan lagi.

Berita melaporkan bahawa Tan Sri Muhyiddin Yassin cuba mengekalkan kedudukannya sebagai Perdana Menteri.

Ini dengan menawarkan kerjasama rentas antara PN dengan parti luar sekiranya usul undi percaya terhadapnya diluluskan September depan.

Cadangan itu diusul bagi mengekalkan kerajaan untuk terus berfungsi sepanjang tempoh p4ndemik dengan sokongan bi-partisan di Parlimen.

Tujuan cadangan itu dibuat bagi mengelakkan kumpulan klept0rat memerintah jika kemelut politik tidak diselesaikan dengan kadar segera, ujarnya dalam perutusan khas yang disiarkan secara langsung petang semalam.

Dijangka Melepaskan Jawatan Sebagai PM

Sebelum ini, Tan Sri Muhyiddin Yassin dikatakan telah kehil4ngan majoriti undi setelah UMNO menarik balik sokongan terhadap Perikatan Nasional.

Oleh itu, menerusi laporan dari Malaysiakini, Perdana Menteri dijangka akan menyerahkan peletakan jawatannya kepada Yang di-Pertuan Agong Isnin 16 Ogos 2021.

Hal tersebut memetik daripada Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Fungsi Khas) Datuk Seri Mohd Redzuan Md Yusof yg memaklumkan Muhyiddin telah menyampaikan keputusannya itu ketika bertemu anggota Parlimen Bersatu di ibu pejabat PN pada pagi 15 Ogos 2021 (Ahad).

Terdahulu, Muhyiddin dalam satu pengumuman khas pada Jumaat menawarkan kerjasama rentas parti antara kerajaan PN dengan parti di luar kerajaan.

Ia sekiranya usul undi percaya terhadapnya diluluskan di Dewan Rakyat pada 7 September depan.

Bagaimanapun, tawaran Perdana Menteri itu ditolak majoriti ahli Parlimen pembangkang daripada Pakatan Harapan (PH), Parti Warisan Sabah (Warisan) dan Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) serta Ahli Parlimen UMNO yang sebelum ini menarik sokongan kepada beliau.

Siapa yang akan pegang jawatan PM selepas ini

Sekiranya seseorang perdana menteri didapati kehil4ngan majoriti sokongan, Perkara 43(4) Perlembagaan Persekutuan jelas menyatakan dia hendaklah meletakkan jawatan atau memohon pembubaran parlimen, kata penganalisis politik, Prof Mohammad Agus Yusoff.

Jelasnya, meletak jawatan adalah pilihan perdana menteri dan bersetuju dengan permintaan pembubaran parlimen pula merupakan kuasa budi bicara Yang di-Pertuan Agong mengikut Perkara 40(2)(b).

“Setelah perdana menteri meletak jawatan, soal pemilihan jawatan itu adalah kuasa budi bicara Agong untuk melantik seorang ahli Dewan Rakyat yang pada hemat baginda mendapat sokongan majoriti ahli dewan.

“Siapa Agong akan pilih? Mengikut konvensyen, Agong akan meminta ketua pembangkang terlebih dahulu untuk membuktikan dia mempunyai majoriti.

“Sekiranya tidak ada, Agong akan meneruskan pertimbangan baginda untuk memilih sesiapa yang pada pandangan baginda mendapat sokongan majoriti ahli dewan,” katanya dalam satu hantaran di Facebook hari ini.

Tulisan itu merujuk kepada isu keabsahan majoriti yang kini dihadapi Perdana Menteri Muhyiddin Yassin selepas didakwa tidak lagi mendapat sokongan yang cukup untuk terus menerajui negara.

Pada 13 Ogos lalu anggota parlimen Pagoh itu menegaskan dia tidak akan meletak jawatan kerana ketika ini tiada mana-mana ahli parlimen yang mendapat sokongan majoriti ahi Dewan Rakyat.

Tak bentang undi percaya

Bagaimanapun kenyataan itu dikec4m pelbagai pihak kerana dianggap membelakangkang kuasa Agong yang mempunyai peranan menentukan tahap sokongan tersebut.

Hari ini Malaysiakini melaporkan, Muhyiddin dijadual menghadap Agong untuk mempersembah maklum hasratnya meletak jawatan.

Bagaimanapun terserah kepada baginda untuk menerima peletakan tersebut atau sebaliknya.

Agus menjelaskan, seseorang perdana menteri tidak boleh diganti dengan timbalan perdana menteri secara autom4t1k, sebaliknya proses lantikan itu harus bermula dari awal.

Hanya selepas Agong berpuas hati ada calon yang pada hemat baginda mendapat sokongan majoriti ahli dewan, barulah perdana menteri baru boleh dilantik.

Merujuk kepada peristiwa peletakan jawatan Dr Mahathir Mohamad sebagai perdana menteri pada 18 tahun lalu, Agus berkata, timbalan perdana menteri Abdullah Ahmad Badawi dilantik mengisi kekosongan berkenaan.

Ini kerana Agong ketika itu yakin dia memiliki sokongan majoriti ahli dewan.

“Apa berlaku setelah Agong memilih perdana menteri? Perdana menteri yang baru dilantik perlu mendapatkan undi percaya terhadapnya di Dewan Rakyat.

“Dalam sejarah kita, perdana menteri yang tidak membentangkan undi percaya di dewan setelah dilantik ialah perdana menteri sekarang,” katanya.

Pada masa sama pensyarah sains politik Universiti Kebangsaan Malaysia iut berharap siapa pun yang dilantik selepas ini, tokoh tersebut diharap mampu mengurus negara dengan baik kerana tanggungjawab yang menunggu adalah berat.

“Kita akan terus memainkan peranan untuk menegur dan mengkritik kepemimpinan baru.

“Menegur dan mengkritik bukanlah bermaka kita menyokong kerajaan atau pembangkang, tetapi tanggungjawab kita bersama untuk menjaga negara,” katanya..

Sumber: Malaysiakini

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! SK Press

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @Satkoba Press

Sumber : http://belumbalik.com/


Apa kata anda?

Be the first to comment on "Gempar! PM Dijangka Menghadap Agong dan Melepaskan Jawatan, Ini Barisan Kabinet yg Baru Akan Dibentuk"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*