Dengar je Muhyiddin akan let4k jawatan esok, Najib tampil bagi satu ‘nasihat’

Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) BERSATU, Datuk Seri Mohd Redzuan Md Yusof, berkata Tan Sri Muhyiddin Yassin memaklumkan akan menyerah surat peletakan jawatan sebagai Perdana Menteri kepada Yang di-Pertuan Agong di Istana Negara, esok.

Ketika mengesahkan tindakan itu, beliau berkata keputusan diambil Perdana Menteri itu adalah di antara perkara dibincangkan ketika mesyuarat Ahli Parlimen daripada BERSATU dengan Muhyiddin di Publika, di sini, hari ini.

“Ya benar, peletakan jawatan… esok,” katanya ringkas kepada BH.

Beliau ditanya sama ada Muhyiddin akan menawarkan peletakan jawatan ketika menghadap Yang di-Pertuan Agong di Istana Negara, esok.

Redzuan yang juga Ahli Parlimen Alor Gajah, berkata hasrat Muhyiddin untum meletakkan jawatan itu adalah jalan terakhir diambil berdasarkan peruntukan dalam Perlembagaan Persekutuan.

“Kita bertanggungjawab dengan keadaan yang berlaku hari ini. Kita sudah usaha yang terbaik untuk memastikan pengurusan cov1d-19 berjalan dengan baik dalam pergolakan politik yang melanda.

“Kita sudah sampai ke tahap tidak boleh buat apa-apa pun… yang terakhir ialah strategi bipartisan, namun tidak disambut. Jadi kita kena letak jawatan… kita sudah usaha yang terbaik untuk rakyat,” katanya.

Terdahulu, beliau berkata, mesyuarat di Publika pagi tadi adalah antara Muhyiddin dengan Ahli Parlimen daripada BERSATU dan mereka yang menyokong Perikatan Nasional (PN).

Najib: Bukan aneh negara tukar pemimpin ketika p4ndemik

Bukanlah seuatu hal yang luar biasa untuk seorang pemimpin negara meletakkan jawatan pada masa p4ndemik setelah hil4ng keyakinan rakyat dan sokongan ahli parlimen, kata Najib Razak.

Menurut bekas perdana menteri itu tidak timbul isu berperikemanusiaan atau tidak peduli keadaan rakyat.

Apa yang menjadi dasar kepada keadaan sekarang, katanya, ialah perlunya mengubah pendekatan setelah banyak kali menemui kegag4lan dan ia harus dibuat demi kebaikan rakyat.

“Negara-negara tak seteruk itu tapi pemimpin dunia turut mengambil tanggungjawab kegag4lan dengan meletakkan jawatan untuk memberi laluan kepada orang baru,” kata Najib di Facebooknya.

Ahli parlimen Pekan itu juga menyenaraikan nama pemimpin dunia yang meletakkan jawatan setelah dikatakan gag4l mengawal cov1d-19 dan ekonomi.

Antaranya bekas perdana menteri Itali Giuseppe Conte, bekas perdana menteri Slovak Igor Matovic, bekas perdana menteri Mongolia Khurelsukh Ukhnaa dan bekas perdana menteri Sweden Stefan Lofven.

“Beza negara-negara itu dengan Malaysia ialah pemimpin mereka mengaku gag4l (walaupun prestasi tak seteruk Malaysia) dan bersedia mengambil tanggungjawab sebab ia melibatkan nyawa manusia dan kelangsungan hidup rakyat.

“Tak ada pun mereka keluar kaca televisyen untuk sogok dan meminta nyawa secara live atau pun tudvh tanpa bukti bahawa mereka yang tak sokong dia adalah kluster mahk4mah,” kata Najib lagi.

Sudah diingatkan berkali-kali

Kenyataan itu hadir di kala Perdana Menteri Muhyiddin Yassin dikatakan akan menyerahkan surat peletakan jawatannya kepada Yang di-Pertuan Agong esok, hanya beberapa hari selepas dia menegaskan untuk tidak akan berundur atas alasan tiada ahli parlimen lain yang dapat membuktikan mereka mendapat majoriti mencukupi di parlimen.

Dalam pengumuman yang disiarkan secara langsung pada 13 Ogos lalu, Muhyiddin menghulurkan jalan damai buat pembangkang luar daripada PN dengan membuat pelbagai tawaran menarik.

Ia bagi membolehkan dia melepasi ujian undi percaya yang dijadualkan berlaku di Dewan Rakyat pada Sept nanti.

Bagaimanapun, tawaran itu ditolak oleh parti pembangkang.

Dalam hantarannya, Najib menyenaraikan situasi cov1d-19 yang memburvk 12 kali ganda setelah d4rurat dilaksanakan selama tujuh bulan, serta k3s yang semakin tinggi meskipun dengan pelaksanaan sekatan pergerakan penuh, yang dakwanya, Malaysia menjadi negara paling lama mengenakan perintah sebegitu.

Najib juga menyebut Malaysia kini menjadi negara tertinggi mencatatkan k3s baru dan kem4t1an cov1d-19, selain menjadi pasaran saham tercorot di Asia Pasifik serta kedua tercorot di dunia.

Unjuran pertumbuhan ekonomi pula, katanya, perlu dipotong lebih separuh.

Semua itu berlaku, kata Najib, kerana “kesilapan dan kesal4han dasar amat besar” meskipun sudah diingatkan berulang-ulang kali mengenainya.

“AS dan Jepun juga telah menukar presiden dan perdana menteri semasa p4ndemik. Tak (nampak pun) negara-negara di atas dijahanamkan sebab pemimpin tukar.

“[…] Yang mungkin bertukar cuma dasar-dasar gagal kerajaan,” katanya lagi.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! SK Press

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @Satkoba Press

Sumber : http://trendingsangat.pw/


Apa kata anda?

Be the first to comment on "Dengar je Muhyiddin akan let4k jawatan esok, Najib tampil bagi satu ‘nasihat’"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*