S4yu.. Panggilan video ter4khir, lafaz syahadah iringi perm3rgi4n suami

Temerloh: “Saya kehil4ngan suara dan men4ngis melihat keadaan suami yang naz4k ketika itu, sangat sed1h kerana tidak dapat bersamanya pada saat akhir, tidak dapat mengucup dahinya.

“Ketika itu suami ditidurkan tetapi doktor meminta saya mengajar kalimah syahadah berikutan peratusan oksigen semakin merosot, beberapa minit kemudian doktor memaklumkan suami sudah men1ngg4l dunia,” kata Nurhaslin Mohd Suhaimi Udaya, 30.

Nurhaslin berkata, isteri mana yang tidak tr4uma apabila doktor membuat panggilan video dan meminta mengajar dua kalimah syahadah kepada suami yang naz4k akibat positif cov1d-19.

Menceritakan semula detik itu, Nurhaslin berkata, dia menerima panggilan video daripada doktor pada 7.30 pagi , 7 Ogos lalu yang menjadi pengalaman yang tidak pernah terfikir olehnya.

Dia berkata, suaminya Muhamad Izzmanudin Ibrahim, 34, men1ngg4l dunia di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) pada 7.48 pagi, hari sama selepas 12 hari bert4rung nyawa menerima rawatan di Unit Rawatan rapi (ICU) hospital berkenaan.

“Suami bekerja sebagai Pegawai Khidmat Pelanggan di sebuah bank di Bukit Damansara positif cov1d-19 pada 11 Julai lalu dan menjalani ku4rantin di rumah selama 14 hari.

“Bagaimanapun, keadaan suaminya bertambah teruk ketika menjalani ku4rantin di rumah menyebabkannya dimasukkan ke ICU HUKM,” katanya ketika ditemui, hari ini.

Nurhaslin yang berasal dari Mentakab berkata, dia reda dengan ketentuan Ilahi tetapi masih sed1h dan buntu mengenangkan nasib kedua anaknya yang masih kecil dan tidak mengerti apa-apa.

“Saya akan segera mencari pekerjaan bagi memastikan segala keperluan anak dapat disediakan demi masa depan mereka.

“Perasaan sed1h pilu tentunya menyelubungi dan yang pasti kerinduan yang tidak berpenghujung, namun saya perlu bekerja untuk membesarkan dua anak yang masih kecil dan membayar sewa rumah di Taman Bukit Jalil, Selangor,” katanya.

Nurhaslin berkahwin arw4h Muhamad Izzmanudin pada 2017 dan dikurniakan dua anak iaitu Muhammad Izz Thaqil Thalhah, 3, dan Muhammad Izz Qays Qarizh, 5 bulan.

Dalam keadaan anak yang masih belum memahami dan tidak menyedari kehil4ngan bapa buat selamanya membuatkan Nurhaslin berasa kosong dalam meneruskan kehidupan khususnya memastikan masa depan dua anaknya.

“Anak masih belum mengerti apa-apa. Semasa dikebvmikan anak ada bertanyakan bapa s4kit apa dan saya menyatakan bapa sudah tiada.

“Jadi sekarang (menetap) di rumah emak ada ramai orang, menyebabkan mereka (anak) leka bermain dan tidaklah bertanyakan tentang bapa mereka,” katanya.

Sementara itu, dugaan berat dihadapi Nurhaslin mendapat perhatian Wanita Umno Temerloh yang menyampaikan sumbangan wang dan bantuan barangan serta sokongan moral kepada Nurhaslin di rumah ibunya di Taman Sri Layang Mentakab di sini.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! SK Press

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @Satkoba Press

Sumber : http://belumbalik.com/


Apa kata anda?

Be the first to comment on "S4yu.. Panggilan video ter4khir, lafaz syahadah iringi perm3rgi4n suami"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*