10 polisi Diketengahkan Yang Perlu Dilaksana Dalam 100 Hari Pertama Pentadbiran PM Baharu

PENYELIDIKAN Sosial dan Ekonomi (SERI) mengetengahkan 10 polisi yang perlu dilaksanakan dalam kerajaan baharu pimpinan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dalam 100 hari pertama.

Mendepani kr1sis politik yang akhirnya terjawab dengan pemilihan Perdana Menteri kesembilan, maka SERI berpendapat adalah sesuatu yang amat penting bagi pentadbiran baharu mengenal pasti dan mengutamakan beberapa perkara dalam ‘menghidupkan’ semula Malaysia yang terjejas akibat p4ndemik.

Menurut kenyataan SERI, 10 polisi yang dicadangkan itu meliputi lima bidang seperti berikut:

Ekonomi

Meningkatkan nisbah hutang kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) dan nisbah pembayaran faedah ke tahap yang lebih tinggi.

Kerajaan perlu menjelaskan mengenai parameter kesihatan bagi pembukaan semula ekonomi bagi mengelakkan salah faham dalam kalangan rakyat.

Kesihatan

Kerajaan perlu meningkatkan ujian saringan cov1d-19 secara bersasar di kawasan yang merekodkan angka tinggi, sehingga ujian positif menunjukkan kurang daripada lima peratus.

Peruntukan dana untuk kesihatan mental dan infrastruktur yang pada ketika ini RM26 juta, perlu ditingkatkan.

Pendidikan

Kerajaan perlu mempertimbangkan penggunaan pembantu pengajar dalam membantu tenaga pengajar yang berdepan dengan kesukaran menggunakan peranti digital ekoran kekurangan latihan.

Perlu meluaskan perkhidmatan walk-in (bagi program vaksinasi) kepada golongan pendidikan bagi memastikan 100 peratus daripada mereka melengkapkan dua dos vaksin.

Kerajaan

Kerjasama antara parti politik adalah penting bagi memastikan pelaksanaan dan perjalanan dasar yang lebih berkesan.

Parlimen perlu membentangkan cadangan mewujudkan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) bagi mengkaji perjalanan kerajaan menangani krisis cov1d-19.

Persekitaran

Pertimbangkan keperluan untuk mengurangkan risiko persekitaran sebagai sebahagian daripada respons kesihatan awam.

Parlimen harus menyemak semula Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 dengan menambah perubahan iklim dan kelestarian dalam pengurusan rumah hijau.

Sumber: AstroAwani

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! SK Press

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @Satkoba Press

Sumber : ASN


Apa kata anda?

Be the first to comment on "10 polisi Diketengahkan Yang Perlu Dilaksana Dalam 100 Hari Pertama Pentadbiran PM Baharu"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*