[VIDEO] Atuk Minta Ambilkan Tongkat, Rupanya Dah Ada Dekat Tangan

Semalam umat Islam baru sahaja merayakan Hari Raya Aidiladha secara bersederhana di rumah masing-masing. Bagi mereka yang tinggal bersama keluarga di kampung, pastinya dapat bersama-sama merayakannya. Macam yang dikongsikan oleh gadis ini tentang kejadian lucu yang berlaku padanya semasa sambvtan hari raya ini semalam.

Dia turut berkongsikan gelagat si atuk pada pagi raya itu yang membuatkan ramai terhibur melihatnya. Semuanya gara-gara si atuk yang meminta untuk diambilkan tongkatnya di dalam rumah walaupun sebenarnya tongkat itu sudah berada di tangannya.

Di dalam video yang dikongsikan ini, gadis itu berkongsikan suasana semasa sambvtan Hari Raya Aidiladha di kampungnya. Semasa mereka berada di luar rumah, si atuk kemudian meminta cucunya untuk mengambil tongkat yang berada di dalam rumah.

Namun dalam masa yang sama, dia sudah pun memegang sebatang tongkat di tangannya. Tidak berapa lama kemudian, barulah dia sedar yang dia sudah pun membawa tongkat itu keluar bersamanya.

Sebaik saja sedar tentang perkara itu, si atuk turut kelihatan tersenyum dan ketawa sambil diperhatikan oleh cucunya. Malah gadis itu sempat mengusik per4ngai atuknya itu yang membuatkan yang lain turut sama berdekah di situ.

Di ruangan komen, rata-rata netizen turut sama terhibur melihatkan reaksi si atuk selepas itu. Ada juga yang berselor0h mereka juga pernah melalui kejadian yang sama walaupun sebenarnya barang yang dicari sudah berada di tangan send1ri.

“Cian member yang tolong ambikkan tongkat tu…”

“Kalau I pun, walaupun nampak tongkat tu kat tangan atuk still lari…”

“Apa ni tok nasib atuk kelakar.”

“Macam aku, fon kat tangan tapi kena m4rah sebab tak jumpa cari fon…”

 

Sumber : HCL

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! SK Press


Apa kata anda?

Be the first to comment on "[VIDEO] Atuk Minta Ambilkan Tongkat, Rupanya Dah Ada Dekat Tangan"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*