“Saya Terima Dengan Hati Yang Terbuka” – Nabila Razali Sedia Kenal Hati Budi Jika… – Viral Kini

Penyanyi Nabila Razali bersedia jika ada lelaki yang mendekatinya untuk mengenali hati budi sesama send1ri.

Namun menurut Nabila, buat masa ini dia masih menumpukan perhatian kepada kerjayanya terlebih dahulu.

“Buat masa sekarang ini, saya masih menumpukan perhatian kepada kerjaya saya sebaik mungkin dan belum ke arah memikirkan soal jodoh lagi.

“Tetapi sekiranya ada yang datang mahu mengenali hati budi, saya terima dengan hati yang terbuka,” katanya kepada Gempak.

Nabila berkata demikian dalam sesi virtual eksklusif BeauRaya petang semalam.

Dalam pada itu, Nabila turut berkongsi mengenai perkembangan kerjayanya ketika ini.

Kata penyanyi lagu Vroom Vroom ini, dia sudah bersedia untuk tampil dengan single terbaru.

“Kalau soal album, rasanya masih jauh lagi, tetapi selepas setahun saya melancarkan lagu Peluang Kedua, kini saya sudah jumpa single terbaru saya.

“Ia akan dilancarkan tidak lama lagi, saya berh4rap para peminat menyokong saya dengan single yang bakal dilancarkan ini,” katanya lagi.

Selain Nabila, sesi virtual tersebut turut disertai penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza, aktres Izara Aishah dan pengacara Hawa Rizwana.

Sesi itu bertujuan untuk memberi penghargaan kepada peminat atau pengguna setia produk BeuSiti dengan memberi semangat positif dan inspirasi dalam mengharungi pelbagai cabaran ketika detik sukar pandemik C0VID-19.

 

Sumber : gempak

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! SK Press


Apa kata anda?

Be the first to comment on "“Saya Terima Dengan Hati Yang Terbuka” – Nabila Razali Sedia Kenal Hati Budi Jika… – Viral Kini"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*