Akhirnya Teka-Teki Dah Terjawab Apabila Nabila Huda Dipilih Untuk Menggantikan Awal Ashaari Sebagai Pengacara Melodi. Ini Puncanya – Viral Kini

Kuala Lumpur: Desas-desus siapa pengganti Awal Ashaari dan Janna Nick sebagai pengacara program Melodi terjawab apabila pelakon, Nabila Huda dipilih mengisi kekosongan itu.

Ia berdasarkan jemputan yang dihantar kepada pihak media memaklumkan TV3 akan mengadakan satu sidang media Isnin ini bagi mengumumkan pengacara baru Melodi, Muzik Muzik dan Nona.

Jemputan itu menyatakan pihak TV3 bakal melakukan romb4kan penyiaran pada Ogos membabitkan tiga program popular TV3 itu.

Sidang media itu turut membabitkan sesi temubual bersama Nabila Huda untuk program Melodi.

Selain perubahan pengacara Melodi, TV3 turut memaklumkan akan memperkenalkan barisan pengacara baharu untuk program Nona dan Muzik-Muzik.

Nona yang sebelum ini dihoskan oleh Mira Filzah bakal digantikan dengan Amyra Rosli, manakala penyanyi Sissy Imann dilaporkan bakal mengacar4kan program Muzik- Muzik.

Melodi yang akan bersiaran esok bakal menyaksikan episod akhir pembabitan Awal dan Janna sebagai pengacara program hiburan popular itu.

Laporan Harian Metro sebelum ini yang mendakwa Nabila bakal menggantikan tempat Awal dan Janna sekali gus bakal menyaksikan penampilan pelakon itu dalam Melodi yang menemui penonton setiap Ahad.

Kuala Lumpur: – “Awal rasa tidak ada orang yang lebih layak melainkan awak (Nabila Huda).”

Itu kata pengacara Awal Ashaari yang seolah-olah memberi bayangan bahawa pelakon Nabila Huda bakal menjadi pengacara program Melodi sekali gus dikatakan akan menggantikan dia dan Janna Nick.

Awal menerusi hantaran di Instagram Story miliknya turut mengvsik Nabila yang bakal sibuk dengan kerja pada setiap hujung minggu selepas ini.

Katanya lagi, dia turut melahirkan rasa bangga dengan aktres terbabit.

“”Saya bangga dengan Cik Abil (Nabila). Ada seminggu ja lagi nak dating dengan Cik Bert (suami Nabila) dan Keisha (anak) puas-puas, lepas ini mummy dia sibuk hujung minggu,” tvlisnya.

Semalam, Awal menerusi siaran langsung program Melodi seakan-akan men1ngg4lkan tanda tanya apabila mendakwa minggu ini bakal menyaksikan episod terakhir mereka sebagai pengacara.

Malah penerbit program Melodi, Noradillah Abdullah memaklumkan satu sidang media khas bakal diadakan dalam waktu terdekat bagi menjawab persoalan mengenai status kedua-dua pengacara berkenaan.

Melodi yang bersiaran secara langsung pada setiap Ahad, jam 12 tengah hari di TV3 dihoskan oleh Awal dan Janna. HM

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! SK Press

Sumber: tehtarikkaw


Apa kata anda?

Be the first to comment on "Akhirnya Teka-Teki Dah Terjawab Apabila Nabila Huda Dipilih Untuk Menggantikan Awal Ashaari Sebagai Pengacara Melodi. Ini Puncanya – Viral Kini"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*