“Saya pergi klinik swasta, tak beritahu mak ayah pun” – G4dis terbuka k0ngsi dirinya hid4p mas4lah m3ntal, terk3jut ramai nak tahu cara jumpa p4kar psikiatri

TIDAK semua orang terbuka untuk berkongsi status kesih4tan d1ri, lebih-lebih lagi apabila melibatkan isu kesihatan mental.

Namun bagi gadis ini, dia mahu menggunakan medium media sosial untuk berkongsi pengalaman d1ri sekali gus dih4rapkan mampu menyebar kes3daran kepada masyar4kat khususnya bagi mereka yang senasib.

Lebih senang dikenali sebagai Alya, dia mengakui pada mulanya terbit rasa was-was untuk berkongsi kisah perjalanan d1rinya di media sosial sebagai seorang individu yang berdepan dengan isu kesih4tan m3ntal.

Bagaimanapun, sambvtan dan respon yang diterima selepas perkongsian pertama membuatkan d1rinya bersemangat dan tidak keberatan untuk berkongsi cerita.

“Pada mulanya saya hanya terbuka mengenai apa yang saya hadapi ini dengan kawan-kawan rapat di Instagram sahaja. Ini kerana saya rasakan keadaan sekeliling masih belum mempunyai cukup kesedaran mengenai isu kesihatan mental.

“Kemudian saya mula cuba kongsi di TikTok… video ketika itu meraih 11,000 jumlah tontonan. Dan ramai yang komen, minta saya ceritakan bagaimana proses untuk dapatkan raw4tan pakar.

Selepas enam bulan mendapatkan rawatan di klinik swasta, Alya meneruskan rawatan di hospital kerajaan dan berkongsi prosedur yang dilaluinya di media sosial.

“Mengapa tidak saya share sebab ramai yang tak tahu dan tercari-cari mengenai prosedurnya. Kebetulan pula saya ada appointment dengan pakar psikiatri baru-baru ini, jadi saya ambil kesempatan untuk rekod dan rangkumkan, dan kongsi di media sosial,” kata gadis berusia 22 tahun ini.

Video yang dimuat naik Alya di aplikasi TikTok, yang mana dia berkongsi prosedur mendapatkan rawatan psikiatri di sebuah h0spital, sehingga kini meraih lebih 45,000 jumlah tontonan.

Menyingkap serba sedikit mengenai isu kesihatan mental yang dihadapinya, Alya berkata dia didiagnos menghidap ‘Major Depressive Disorder’ (MDD) dan kebimbangan melampau (anxiety), dua tahun lalu.

Menurut Alya, sebelum didiagnos, dia mengalami simptom seperti kesedihan melampau, kemurungan dan rasa kekosongan selama hampir setahun.

“Masa itu saya masih menuntut di peringkat diploma di Johor. Berjauhan pula dengan keluarga yang menetap di Subang Jaya, Selangor. Faktornya disebabkan oleh peristiwa yang pernah saya alami namun saya tidak selesa berkongsi mengenainya.

“Pada mulanya saya s3dih, boleh dikatakan kerap men4ngis. Saya seorang yang ceria pada awalnya, bila keadaan macam ini, kawan-kawan cadangkan saya dapatkan rawatan. Bila bertemu pakar dan buat test, pakar sahkan saya ada MDD dan anxiety.

 

peny4kit m3ntal ni ada banyak jenis. Jagalah tutur kata kerana kita tak tahu apa yang individu itu alami. Fikir dahulu sebelum berkata-kata.ALYA

“Pada peringkat awal, saya pergi klinik swasta. Saya tak beritahu ibu bapa pun. Selama enam bulan saya ke klinik swasta, kosnya lebih sikit… jadi kemudian saya bertukar kepada hosp1tal kerajaan.

“Tidak lama kemudian, saya beritahu ibu dan bapa mengenai kesihatan saya. Mereka terkejut juga namun tetap memberi sokongan,” ujarnya yang merupakan anak tunggal.

Menurut Alya yang kini merupakan pelajar semester empat Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan (Pengangkutan), dia juga mengambil cuti khas selama enam bulan daripada universiti untuk memberi tumpuan kepada proses pemulihan.

Dua tahun bergelut dengan isu kesihatan mental, Alya terbuka untuk berkongsi di media sosial untuk memberi kesedaran kepada masyar4kat.

“Sekarang ini saya bergantung kepada ubat ubatan. Saya juga sedang cuba berj1nak dengan karya seni sebagai terapi. Dalam masa yang sama, saya juga banyak berkongsi dan bercerita dengan kawan-kawan dari sekolah dan kawan baharu yang dikenali dalam aplikasi Clubhouse.

“Itu adalah sebahagian daripada terapi untuk saya. Rasa lega dapat berkongsi dan bercerita.

“Bagi mereka berdepan dengan isu kes1hatan mental, jangan bertanggvh dapatkan raw4tan. Ia boleh sembvh tapi perlu disertai dengan usaha kita. Ada yang ambil masa, tapi trust the process.

“Bagi yang lain pula, kena tahu, peny4kit m3ntal ni ada banyak jenis. Jagalah tutur kata kerana kita tak tahu apa yang individu itu alami. Fikir dahulu sebelum berkata-kata,” katanya lagi.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! SK Press

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber:https://www.mstar.com.my/


Apa kata anda?

Be the first to comment on "“Saya pergi klinik swasta, tak beritahu mak ayah pun” – G4dis terbuka k0ngsi dirinya hid4p mas4lah m3ntal, terk3jut ramai nak tahu cara jumpa p4kar psikiatri"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*