Kluster c0v-19 Bukit Tiram wujud di dua negeri, 10 telah p0sitif

Kluster c0v-19 Bukit Tiram wujud di dua negeri, 10 telah p0sitif

MALAYSIA: Pada hari ini Kementerian Kesihatan Malaysia telah mengesahkan bahawa mereka mengesan satu kes lagi di bawah kluster Bukit Tiram.

Kluster ini pada mulanya di temui di Johor.

Hasil daripada saringan yang telah dibuat oleh Kementerian Kesihatan Malaysia, mereka kini berjaya mengesan 1 kes pertama di luar Johor.

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Datuk Dr, Noor Hisham memaklumkan bahawa sehingga hari ini sebanyak 135 telah disaring.

Daripada 135 orang tersebut, KKM berjaya mendapati 10 kes dikesan positif cov-19.

Manakala 124 orang lagi negatif dengan 1 kes sedang menunggu keputusan dari pejabat kesihatan.

“Daripada sepuluh kes positif, 4 orang adalah bukan warganegara Malaysia. Kes positif yang dilaporkan ini (kes ke-8,977) merupakan kontak rapat kepada kes positif ke-8,893 dari Johor.

“Melalui siasatan dan aktiviti pengesanan kontak rapat secara aktif yang dijalankan Pusat Kesihatan Daerah.

Kes positif ke-8,893 didapati menginap di rumah kes ke-8,897 pada 16 Julai sehingga 19 Julai lalu di Selangor,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Disebabkan itu, kes telah dikenal pasti dan diberikan Perintah Pengawasan dan Pemerhatian di Rumah.

Untuk pengetahuan semua, ujian saringan cov-19 kali kedua telah dibuat apabila kes ke-8977 mengalami gejala batuk dan s4kit tekak.

Dia telah didapati positif dan kini sedang dirawat di Hospital Sungai Buloh.

Berikut kami kongsikan gambar pecahan kontak rapat mengikut negeri.

“Aktiviti pengesanan akan dilaksanakan segera terhadap semua kontak rapat dan individu yang menghad1ri pusat keagamaan yang dikenal pasti.

“Individu yang berisiko tinggi atau berkait rapat dengan kumpulan ini digalakkan untuk menjalankan saringan COV-19 secara kend1ri.

“Sekiranya mempunyai gejala, segera hubungi klinik kesihatan atau pejabat kesihatan daerah yang terdekat untuk mendapatkan rawatan,” katanya dalam sidang media COV-19, di sini hari ini.

Kluster ini telah dikenalpasti apabila terdapat dua (2) kes positif yang telah dilaporkan di sebuah pusat keagamaan di Taman Bukit Tiram, Johor.

Kedua-dua kes positif (iaitu kes ke-8868 dan kes ke-8869) yang dikesan dalam kluster ini merupakan bukan warganegara yang menetap di Malaysia dan merupakan kakitangan pusat tersebut.

Kedua-dua kes positif ini telah mula mengalami gejala pada 15 Julai 2020 namun tidak mendapatkan rawatan segera di mana-mana fasiliti kesihatan.

Kemudiannya mereka telah membuat saringan COV19 dan dikesan positif pada 24 Julai 2020.

Sehingga 25 Julai 2020, terdapat dua (2) kes positif dan 10 orang kontak rapat telah dikenalpasti dalam kluster ini.

Semua 10 orang kontak rapat telah disaring dan masih menunggu keputusan.

Siasatan dan akitiviti pengesanan kontak rapat secara aktif (active case detection) sedang diteruskan.

Punca jangkitan kluster masih di dalam siasatan.

SUMBER

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @Satkoba

 


Apa kata anda?

Be the first to comment on "Kluster c0v-19 Bukit Tiram wujud di dua negeri, 10 telah p0sitif"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*