Perdana Menteri tak sibuk politik, sedang sibuk selamatkan Ekonomi dan Rakyat – Azmin Ali

Perdana Menteri tak sibuk politik, sedang sibuk selamatkan Ekonomi dan Rakyat – Azmin Ali

MALAYSIA: Beberapa hari UMNO secara rasmi mengumumkan keputusan mereka untuk tidak terus kekal dalam komponen Perikatan Nasional. Walaupun begitu, PN berkata mereka tetap menyokong kerajaan pada hari ini.

Menurut Datuk Seri Mohamed Azmin Ali yang merupakan Menteri Kanan merangkap Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri mengatakan bahawa kerajaan pada hari ini hendaklah dipertahankan kerana muafakat yang dibina sejak bulan 2 yang lalu banyak menghasilkan kejayaan.

Menurut Azmin Ali, kerajaan pada hari ini banyak membantu rakyat dari segi meringankan beban kewangan mereka, selain itu memulihkan ekonomi negara. Duit ringgit kini semakin meningkat naik dan sektor ekonomi negara semakin baik.

Jadi tidak hairanlah sekiranya negara diiktiraf sebagai negara yang terbaik dalam mengawal ekonomi ketika menghadapi pandemik cov-19.

Bekas Timbalan PKR ini turut mengatakan bahawa kerajaan pada hari ini meletakkan isu kesihatan rakyat dan ekonomi sebagai focus utama mereka. Jadi disebabkan itu, Perdana Menteri pada hari ini tidak sibuk berpolitik dan jarang menyebut tentang politik kerana mandat.

“Beliau (Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin) jarang untuk berkata mengenai politik kerana mandat yang telah diberikan kepadanya adalah untuk menyelamatkan ekonomi negara dan rakyat ketika pandemik cov-19 sekarang ini.

Mengulas mengenai keputusan UMNO keluar Perikatan Nasional, Azmin mengatakan bahawa ia tidak menjejaskan kerajaan kerana dalam kenyatan tersebut dengan jelas mengatakan bahawa UMNO masih lagi menyokong kepimpinan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @Satkoba

 


Apa kata anda?

Be the first to comment on "Perdana Menteri tak sibuk politik, sedang sibuk selamatkan Ekonomi dan Rakyat – Azmin Ali"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*