Ibu terkejut urut dada tengok dapur jadi taman tema

Ibu terkejut urut dada tengok dapur jadi taman tema

KANAK-KANAK di bawah usia enam tahun memang penuh dengan daya imaginasi.

Namun dek kerana daya imaginasi yang terlalu tinggi dan perasaan ingin meneroka sesuatu perkara baharu kadang kala boleh membuatkan ibu bapa ‘s4kit jantung’.

Hendak dim4rah berlebih-lebihan pun tidak wajar pula kerana pada usia ini, sudah menjadi tabiat semula jadi kanak-kanak untuk meneroka setiap perkara di sekeliling mereka.

Tetapi tidak dinafikan, perasaan m4rah boleh bertukar menjadi terhibur apabila mengenangkan keletah mereka sebagaimana perkongsian seorang ibu ini.

Menerusi laman Facebook Anak Sepahkan Apa Hari Ini, pelayar bernama Nabihah Sedik memuat naik sekeping gambar memperilhat keadaan dapur rumahnya yang bertukar menjadi ‘taman tema’ gara-gara dikerjakan dua anaknya.

Perkongsian Nabihah mengenai gelagat anak-anaknya menerusi laman Anak Sepahkan Apa Hari Ini mengundang komen lucu daripada netizen.

“Sesudah solat… Dah jadi water theme park gaisss. Malas cakap banyak… pergi dapur, off air, lock Cuckoo. Sambung baca doa,” tvlisnya pada perkongsian tersebut yang kemudian mengundang ratusan komen lucu daripada ahli kumpulan yang lain.

Berkongsi cerita dengan mStar, wanita berusia 30 tahun ini berkata tujuan perkongsiannya di laman berkenaan hanyalah sekadar hiburan semata-mata, tambahan pula laman itu sememangnya ditubuhkan untuk para ibu bapa berkongsi gelagat anak masing-masing.

“Saya seorang suri rumah jadi memang 24 jam dengan anak-anak. Jadi saj4lah nak post dekat group tu. Tak sangka ramai bagi maklum balas dan komen-komen yang terhibur dengan perkongsian tu,” katanya.

Bercerita mengenai insiden tersebut, ibu kepada tiga cahaya mata ini berkata ketika itu dia sedang menunaikan solat Asar di dalam bilik sebelum terdengar riuh bunyi perbualan anak-anaknya.

“Telinga saya sempat la menangkap perbualan anak sulung dengan anak kedua. Mereka macam main jual-jual ikan. Sesudah solat dan menjenguk ke dapur, mahu tak terkejut tengok dah banjir.

“Saya tanya mereka, ini siapa punya kerja tapi semua diam. Tak cakap banyak, saya terus tutup air paip di sinki dan juga lock penapis air kemudian kembali semula ke bilik teruskan bacaan doa,” ujarnya sambil ketawa.

Permata hati Nabihah yang berusia lima, tiga dan dua tahun.

Tambah Nabihah, dia kemudian membiarkan anak-anaknya yang berusia lima, tiga dan dua tahun itu bermain sehingga puas sebelum mengajak mereka mengemas bersama-sama.

“Lantai yang banjir tu ajar mereka guna penolak air… kemudian kemaskan mainan yang bersepah. Mereka tak menolak malah lebih seronok.

“Sambil-sambil tu, saya beritahu mereka jangan main air lagi, nanti jenuh ayah nak bayar bil. Nanti kalau licin, jatuh siapa susah. Mereka dengar saj4lah,” katanya yang menetap di Klang, Selangor.

Nabihah dan suami mempunyai pendekatan tersend1ri dalam mengendalikan gelagat anak-anak mereka yang aktif dan suka meneroka perkara baharu.

Tidak menyangka perkongsian tersebut mengundang perhatian netizen, Nabihah dalam masa yang sama berkata para ibu bapa sewajarnya tidak menyekat kebebasan anak untuk bermain.

“Cara saya, nak main tak apa tapi kena kemas… no excuse. Sebab bagi saya, imaginasi kanak-kanak ni tinggi jadi biarkan mereka explore tapi dalam masa yang sama ibu bapa kena monitor juga,” katanya.

Sumber:mstar

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @Satkoba

Pihak Satkoba tidak bertanggungjawab atas sebarang kesilapan atau kerosakan akibat capaian kepada sumber-sumber internet atau penggunaan maklumat yang terkandung di dalam ini. Segala komen berkaitan artikel ini juga adalah hak dan tanggungjawab anda. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen.


Apa kata anda?

Be the first to comment on "Ibu terkejut urut dada tengok dapur jadi taman tema"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*