Dulu pulut makanan orang susah, sekarang dah jadi menu orang kaya

Dulu pulut makanan orang susah, sekarang dah jadi menu orang kaya

JUADAH yang cukup ringkas dan mampu dihasilkan dengan kos yang rendah, namun rasanya begitu membangkitkan selera.

Itulah gambaran mengenai juadah kegemaran ramai iaitu pulut yang dihidangkan bersama ikan masin dengan taburan kelapa parut.

Di Facebook misalnya, seorang wanita, Zabidah Zakaria berkongsi foto juadah itu menerusi laman Facebook Masak Apa Tak Jadi Hari Ni Official sehingga mengundang perhatian ramai.

Ujarnya, pulut itu membangkitkan nostalgia bersama arwah ibunya memandangkan ia sering dihidangkan untuk santapan keluarga sejak dahulu lagi.

“Menu kegemaran saya dan menu inilah yang arwah ibu bekalkan saya untuk ke sekolah kalau tak berduit.

“Ada orang cakap benda macam ni pun nak post. Saya tak ganggu orang pun, cuma ganggu phone saya je. Nikmat, siapa tak suka, rugi,” tvlisnya sehigga menerima hampir 3,000 tanda suka (likes).

Turut disertakan dengan tiga foto, ia mengundang hampir 600 komen netizen dalam tempoh dua jam selepas ia dimuatnaik pada Jumaat.

Selain ikan masin, ia turut dihidangkan bersama kelapa parut yang akan digaul bersama.

Rata-rata netizen turut tampil berkongsi kisah masing-masing berkenaan juadah berkenaan.

Menurut seorang wanita, pulut yang dimakan dengan ikan masin dan kelapa parut mengajarnya erti syukur sewaktu melalui zaman kesusahan.

Malah, ada juga yang berkongsi kisah throwback dan mendedahkan ia merupakan bekal yang sering dibawa setiap kali turun bekerja di sawah padi.

Menu inilah yang arwah ibu bekalkan saya untuk ke sekolah kalau tak berduit.

ZABIDAH ZAKARIA

“Bekal pergi bendang. Dulu-dulu kita pergi bendang tolong ayah kita tau. Nostalgia. Orang sekarang tak tahu benda alah ni.

“Tengok menu ni teringat arwah tok ayah. Al-fatihah buat arwah.

“Hanya orang yang pernah lalui zaman begini tahu menghargai erti syukur. Alhamdulillah.

“Dulu, mungkinlah tak berduit… tapi sekarang ni, makanan orang kaya tau. Pulut dan ikan masin dah naik harga. Hambik kau.

Selain pulut dengan ikan masin, pulut panggang dan pulut mangga turut diminati ramai.

“Apa nak malu? Mahal tau. Pulut sekilogram dah berapa? Kelapa parut mahal juga,” tvlis beberapa netizen.

Selain itu, ada juga pelayar Twitter yang mencadangkan ia dimakan dengan ikan kukus atau rebus yang digoreng.

Malah kata mereka, menjadi satu kerugian jika sesiapa tidak suka akan juadah berkenaan.

Sumber: mStar

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @Satkoba

Pihak Satkoba tidak bertanggungjawab atas sebarang kesilapan atau kerosakan akibat capaian kepada sumber-sumber internet atau penggunaan maklumat yang terkandung di dalam ini. Segala komen berkaitan artikel ini juga adalah hak dan tanggungjawab anda. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen.


Apa kata anda?

Be the first to comment on "Dulu pulut makanan orang susah, sekarang dah jadi menu orang kaya"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*