Balik daki Gunung Tahan, Tengku Hassanal ‘sempoi’ ronda2 kampung jumpa rakyat

Balik daki Gunung Tahan, Tengku Hassanal ‘sempoi’ ronda2 kampung jumpa rakyat

Baru sahaja tular di media sosial berkenaan kejayaan Pemangku Raja Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah apabila menjadi putera raja pertama yang berjaya menawan puncak Gunung Tahan di Lipis, Pahang.

Baginda menjayakan ekspedisi memanjat gunung tertinggi di Semenanjung itu menerusi program Eksesais Kembara Makmur yang melakukan pendakian selama empat hari bermula 1 Ogos lalu.

Namun begitu, seusai turun dari mendaki Gunung Tahan, baginda telah bertemu pula dengan penduduk kampung dan beramah mesra dengan mereka.

Tengku Hassanal hanya menunggang motosikal bagi memudahkan baginda berhenti dan menyapa rakyat Pahang yang berada di sekitar kampung.

Dalam gambar-gambar yang dimuat naik ke Instagram rasmi baginda, dapat dilihat Tengku Hassanal telah menyapa mereka yang berada di tepi jalan dan turut menghulurkan sedikit sumbangan apabila bertemu rakyat yang perasan akan kehadirannya.

Terdahulu, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah berjaya mendaki Gunung Tahan dalam Eksesais Kembara Makmur pada 1hb hingga 4hb Ogos 2020.

Baginda yang yang mendaki Gunung Tahan berketinggian  2,187 meter itu menjadi putera raja pertama melakukan pendakian di gunung tertinggi di Malaysia dan meraih pujian daripada warganet.

Sumber: Tengku Hassanal Shah

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @Satkoba


Apa kata anda?

Be the first to comment on "Balik daki Gunung Tahan, Tengku Hassanal ‘sempoi’ ronda2 kampung jumpa rakyat"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*