Dah masuk wad bersalin, Netiz3n puji Fasha Sandha tetap bertudung

Dah masuk wad bersalin, Netiz3n puji Fasha Sandha tetap bertudung

Pasti ramai ternanti-nanti kelahiran bayi pasangan Fasha Sandha dan juga Aidil Aziz berikutan pelakon wanita itu sudah menghitung detik untuk bersalin.

Sebentar tadi, Aidil telah memuat naik gambar  isterinya yang sudahpun memasuki wad bersalin. Fasha yang manis bertudung dilihat sudah bersedia untuk melahirkan bayi pertama mereka.

Dalam kapsyen yang ditvlis aktor tersebut, dia berh4rap agar semua pengikut Instagramnya dapat mendoakan urusan Fasha dipermudahkan dan memohon maaf kepada semua andai mempunyai salah dan silap.

Fasha juga menerusi laman sosialnya turut memuat naik video bersama anak-anaknya yang lain dan seakan tidak sabar menyambut kedatangan ahli baru dalam keluarga mereka.

Sehubungan dengan perkongsian tersebut, rata-rata warganet telah men1ngg4lkan komen diruangan Instagram selebriti itu dengan mendoakan agar urusan bersalin Fasha dipermudahkan.

Mereka juga memuji penampilan Fasha yang tetap berhijab walaupun sedang berada di wad bersalin untuk melahirkan tidak lama lagi.

Tedahulu, Fasha dan Aidil sah bergelar pasangan suami isteri selepas bernikah pada 30 Mac 2019. Fasha sebelum ini pernah berkahwin dengan Rizal Ashram Ramli dan berpisah pada Januari 2016. Mereka dikurniakan dua orang cahaya mata lelaki dan perempuan.

Sumber: Aidil Aziz

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @Satkoba

 


Apa kata anda?

Be the first to comment on "Dah masuk wad bersalin, Netiz3n puji Fasha Sandha tetap bertudung"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*