Adakah PKPP Bakal Dilanjutkan? Nantikan kenyataan PM Muhyiddin dalam berita jam 8

PERDANA Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin akan menyampaikan perutusan khas, malam ini berkaitan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) yang akan tamat tiga hari lagi.

Muhyiddin dijadualkan menyampaikan ucapan pada 8 malam dan ia akan disiarkan di semua platform RTM, Bernama TV, TV3 dan Astro Awani.

Malaysia melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bermula 18 Mac lalu bagi membendung penularan w4bak C0vid-l9. Kerajaan kemudian mula mel0nggarkan PKP pada 4 Mei, dengan mengumumkan PKP bersyarat (PKPB) yang kemudian beralih ke PKPP bermula 10 Jun lalu.

Sebelum ini Kementerian Kesihatan (KKM) dilaporkan mengesyorkan PKPP dilanjutkan sehingga j4ngkitan C0vid-l9 di negara ini terkawal selepas ia akan tamat pada 31 Ogos ini. Menteri Kesihatan Datuk Sri Dr Adham Baba dilaporkan berkata, cadangan itu sudah dikemukakan kepada Perdana Menteri dan Majlis Keselamatan Negara (MKN).

Sementara itu majoriti pembaca Harian Metro yang menyertai undian sama ada wajarkah PKPP dilanjutkan selepas berakhir 31 Ogos ini di Facebook dan Twitter bersetuju ia wajar dilanjutkan. Seramai 13,957 orang menyertai undian di Facebook dengan 12,013 membuat undian wajar sementara 1,944 tidak wajar disambung PKPP.

Melalui undian di laman Twitter pula 81.3 peratus daripada 1,443 yang membuat undian bersetuju ia disambungkan sementara 18.7 peratus tid4k bersetuju.

Sumber: hmetro

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @Satkoba

Pihak Satkoba tidak bertanggungjawab atas sebarang kesilapan atau kerosakan akibat capaian kepada sumber-sumber internet atau penggunaan maklumat yang terkandung di dalam ini. Segala komen berkaitan artikel ini juga adalah hak dan tanggungjawab anda. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen.

 


Apa kata anda?

Be the first to comment on "Adakah PKPP Bakal Dilanjutkan? Nantikan kenyataan PM Muhyiddin dalam berita jam 8"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*