Persembahan Usop versi Utara di BigStage2020 raih pujian ramai

Persembahan Usop versi Utara di BigStage2020 raih pujian ramai

Program realiti televisyen, BigStage2020 dilihat telah menarik perhatian peminat program hiburan Malaysia susulan episod panas pada minggu pertama siarannya.

Namun begitu, pada minggu kedua, para peserta dilihat mulai menunjukkan taring masing-masing apabila memberikan persembahan yang lebih baik berbanding sebelumnya sehingga ada yang mendapat pujian melambung daripada barisan juri.

Antara persembahan peserta paling mencuri tumpuan sudah tentu daripada Usop apabila membawakan lagu dendangan Hael Hussaini, Hati dengan cara tersend1ri.

Penyanyi asal pun terhibur

Persembahannya turut telah membuatkan Hael memuat naik kembali rakaman tersebut dan menjadi bualan warganet kerana terlihat kelakar apabila Usop menyebut perkataan ‘Nah!’ dengan cara sempoinya.

View this post on Instagram

NOOHHHh!🔥 . #sekaliusopbaginah #bigstage

A post shared by HH (@haelhusaini) on

Nak tengok BigStage semata demi Usop

Di Twitter juga, nama Usop telah menjadi sebvtan dan mereka mengakui terhibur dengan penampilan bersahaja Usop. Kar4kter semasa membawakan lagu Hati itu  sangat bersahaja serta berlainan dengan penyanyi asal.

Ramai juga yang mengh4rapkan agar penyanyi kelahiran Kedah itu mara sehingga ke pentas final dan ada yang menjangkakan Usop bakal menjuarai pertandingan tersebut.

Perwatakan Usop berbeza dari program yang dulu

Pada malam tadi, Big Stage2020 telah menyaksikan Hanie Soraya menjadi peserta pertama yang disingkirkan apabila berada di kedudvkan 3 terendah.

Program yang bersiaran di Astro Ria ini membariskan Ajai, Faizal Tahir, Dayang Nurfaizah sebagai juri tetap dan Ernie Zakri sebagai juri jemputan, manakala, Caprice telah bertindak sebagai President Of Netizen.

Sumber: Hael Husaini, Twitter

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @Satkoba


Apa kata anda?

Be the first to comment on "Persembahan Usop versi Utara di BigStage2020 raih pujian ramai"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*