Isteri nekad derma sebelah buah pinggang, tak sanggup lihat suami mender1ta

Isteri nekad derma sebelah buah pinggang, tak sanggup lihat suami mender1ta

Apabila suami tersayang terlantar s4kit pastinya membuatkan para isteri tidak lena tidur memikirkan bagaimana caranya melihat teman sehidup sem4ti mereka kembali sihat seperti biasa.

Pengorbanan demi pengorbanan dilakukan bagi memastikan suaminya segera sembuh dari terus dibelenggu kes4kitan yang yang tidak terhingga.

Demi suami tersayang

Hal ini samalah seperti yang dilakukan oleh seorang wanita bernama Norhasnizah Hadinin apabila sanggup mendermakan sebelah buah pinggangnya kepada suami yang mengalami kegagalan kedua-dua buah pinggang.

Menerusi Mstar, Hasnizah memaklumkan bahawa sebelum ini mereka tinggal di Pitas, Sabah dan terpaksa berulang-alik ke Kota Kinabalu yang memakan masa 3 jam perjalanan bagi melakukan dialisis buat suaminya iaitu kira-kira 3 kali seminggu.

Suami menangis bila dengar hasrat

Oleh sebab risau melihat keadaan suaminya, wanita tersebut telah menyuar4kan hasrat untuk mendermakan sebelah buah pinggang buat suami tersayang.

Jelasnya, suami, Muhamad Hizat Firdaus Kamarulzaman, 33 tidak dapat menahan sebak diatas pengorbanan yang tidak berbelah bahagi isteri tersayang.

Pembedahan pemindahan berjalan 8 jam

Perjalanan rawatan mereka berdua telah dimuat naik ke Facebook Hasnizah send1ri dan mereka selamat melakukan pembedahan pada penghujung Julai yang lepas.

Semua kembali pulih sekarang

Menerusi sumber lagi, Hasnizah memaklumkan bahawa kini suaminya sudah kembali pulih dan dia juga tidak mempunyai sebarang komplikasi setelah mendermakan organ.

“Masa suami s4kit, selain sukar buang air kecil, dia juga susah nak tidur malam, kaki pun kerap lenguh. Alhamdulillah selepas pembedahan, semua itu dah tak ada.”

“Malah selera makannya semakin bertambah dan berat badan juga bertambah. Tak susut macam sebelum ini. Sengan sangat hati tengok keadaan suami. Sekarang suami perlukan rawatan susuan saja.”

 

Di akhir perkongsian di Facebook wanita itu tempoh hari, dia mengajak orang ramai agar lebih peka dengan kesedaran menderma organ lebih-lebih lagi kepada ahli keluarga yang memerlukan.

“Jika ada ahli keluarga yang s4kit dan perlukan transplan, tampillah ke depan. Tindakan ini bakal memberi sinar dan kehidupan kedua buat mereka.”

“Usah takut nak menderma. Kalau ikut pengalaman saya, saya tak rasa kurang apa-apa pun. Sebutir ubat pun saya tak telan. Alhamdulillah, sekarang perlu tunggu kesan pembedahan sembuh saja.”

Sumber: Mstar, Norhasnizah Hadinin

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @Satkoba


Apa kata anda?

Be the first to comment on "Isteri nekad derma sebelah buah pinggang, tak sanggup lihat suami mender1ta"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*