(Video) Perjuangan seorang ayah jual barang dari meja ke meja buat ramai sebak

(Video) Perjuangan seorang ayah jual barang dari meja ke meja buat ramai sebak

Berniaga barang secara direct selling nampak macam menyeronokkan, namun hakikatnya ramai yang tidak tahu ia adalah kaedah yang sangat mencabar.

Hendak berhadapan dengan orang ramai yang kita tidak kenal, mempromosi barang satu persatu dan terangkan supaya mereka jelas, tidak semua mampu buat sebegitu.

Itu belum kira lagi jualan ditolak mentah-mentah, malah ada yang kurang bernasib baik siap dapat ‘pakej’ diherdik lagi.

Baru-baru ini, pemilik akaun Twitter @hfshhh_ memuat naik satu video yang memaparkan gelagat seorang lelaki yang mungkin bergelar ayah, gigih berusaha jual barang dari meja ke meja di sebuah restoran.

Difahamkan, kejadian tersebut berlaku di Solo, Indonesia.

Agak menyentuh hati apabila melihat jualannya ditolak, mungkin mereka tidak berminat untuk membelinya.

Selain itu, ada juga video lain turut dikongsikannya, memaparkan situasi yang hampir sama.

Dalam pada itu, ada netizen yang turut berkongsi pandangan mereka yang tersend1ri mengenai situasi ekonomi yang mempengaruhi insan-insan di atas.

Sebagai rakyat Malaysia yang tinggal di negara bertuah ini, syukurilah dengan setiap apa yang kita ada.

Sekiranya ada ‘rezeki’ lebih, lebih bagus juga jika disedekahkan kepada orang yang lebih memerlukan.

Dalam setiap rezeki kita, ada rezeki orang lain juga.

Sumber: @hfshhh_

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @Satkoba


Apa kata anda?

Be the first to comment on "(Video) Perjuangan seorang ayah jual barang dari meja ke meja buat ramai sebak"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*