“Kelulusan untuk keluar negara bukan di bawah KKM”- Dr. Noor Hisham

“Kelulusan untuk keluar negara bukan di bawah KKM”- Dr. Noor Hisham

Berikutan isu seorang menteri yang didakwa melanggar arahan kuarantin wajib sebelum ini, terdapat netizen yang mengajukan soalan berkaitannya kepada laman Twitter Kementerian Kesihatan (KKM), hari ini.

Dalam tweet berkenaan, netizen bertanya sama ada tindakan menteri berkenaan ke luar negara mendapat kelulusan daripada KKM.

Pertanyaan berkenaan mendapat perhatian Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah yang menjawab persoalan tersebut, seperti di bawah.

“Untuk keluar negara bukan kelulusan MOH,” jelasnya.

Mengimbas kembali, menteri berkenaan didakwa melanggar peraturan SOP PKPP selepas pulang dari Turki dan KKM memaklumkan menteri tersebut dikompaun sebanyak RM1,000 pada 7 Ogos lalu.

Susulan itu, menteri tersebut tampil membuat permohonan maaf secara terbuka dalam satu kenyataan semalam, selain turut menawarkan d1ri memulangkan semula gaji menterinya selama empat bulan untuk disumbangkan ke Tabung COVID-19.

Sumber: Twitter KP Kesihatan

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @Satkoba


Apa kata anda?

Be the first to comment on "“Kelulusan untuk keluar negara bukan di bawah KKM”- Dr. Noor Hisham"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*