“Anugerah ini adalah penghargaan buat semua petugas barisan hadapan.” – DG Hisham

“Anugerah ini adalah penghargaan buat semua petugas barisan hadapan.” – DG Hisham

Ucapan tahniah yang diterima buat Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah seakan tidak putus-putus apabila dinobatkan sebagai Tokoh Maal Hijrah Peringkat Kebangsaan 1442/2020M semalam.

Beliau yang baru sahaja menerima gelaran Tan Sri telah menjadi bualan semula susulan daripada penganugerahan yang sememenangya layak diterima melihat daripada jasa dan usaha dalam meneraju KKM melawan pendemik Covid-19.

Ucap terima kasih

Menerusi Facebook Dr Noor Hisham, beliau telah merafak sembah menjunjung kasih kepada KDYMM Baginda Agong diatas limpah berkenan menyempurnakan  Sambvtan Maal Hijrah pada tahun ini.

Dalam pada itu, beliau turut berterima kasih kepada seluruh warga KKM atas segala sokongan yang diberikan kepadanya. Dr Noor Hisham juga menyatakan bahawa anugerah ini adalah menifestasi penghargaan kepada semua petugas KKM dan agensi dalam bersama-sama membendung Covid-19.

Sememangnya layak

Sehubungan dengan itu, rata-rata warganet telah mengucapkan tahniah kepada Dr Noor Hisham diatas penganugerahan tersebut.

Mereka juga mengakui bahawa ‘hero negara’ itu sememangnya layak diberi penghormatan yang tinggi diatas kerja keras yang dilakukan ketika pendemik.

Semoga Tan Sri terus dilindungi oleh-Nya

Sememangnya tokoh untuk kami di barisan hadapan

Terdahulu, Sambvtan Maal Hijrah 1442H/2020M disambut secara ringkas di Masjid Negara pada petang 19 Ogos 2020. Majlis dimulakan kira-kira jam 6.30 petang dan diikuti solat maghrib, penyampaian anugerah, solat isyak dan juga solat hajat.

Sumber: Dr Noor Hisham Abdullah

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @Satkoba


Apa kata anda?

Be the first to comment on "“Anugerah ini adalah penghargaan buat semua petugas barisan hadapan.” – DG Hisham"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*