Sebelum ni kendali pesawat di awan biru, kini ‘pilot’ di jalan raya hantar kek jualan isteri

Sebelum ni kendali pesawat di awan biru, kini ‘pilot’ di jalan raya hantar kek jualan isteri

Sememangnya pendemik C0vld-19 ini memberi seribu satu cabaran buat semua tanpa mengira pangkat ataupun kedudvkan. Pastinya sektor ekonomi amat terkesan dengan ribuan pekerja diberhentikan kerja ataupun terpaksa mengambil cuti tanpa gaji.

Hal ini turut dirasai oleh seorang juruterbang syarikat penerbangan yang mengambil cuti tanpa gaji dan mulai melakukan inisiatif lain demi mendapat sumber pendapatan buat keluarga.

Dari pilot dilangit, kini pilot di jalan

Menerusi Harian Metro, Faridz Abu Bakar, 40  yang juga merupakan seorang juruterbang  berkongsi pengalamannya yang kini giat membantu isterinya, Dayana Mohamad Noh, 40, membuat penghantaran kek dan minuman berperisa lemon yang dijual secara dalam talian kepada pelanggan.

Bantu isteri jual kek dan minuman

Menurut Faridz lagi, dia telah memohon cuti tanpa gaji selama setahun bermula 1 Ogos yang lalu dan fokus membantu isteri dalam proses pembungkusan dan penghantaran kek serta minuman.

Tambahnya kepada Harian Metro, sebelum membantu isteri sepenuh masa, dia telah bekerja sebagai penghantar bungkusan selama sebulan ketika Perintah Kawalan Pergerakkan (PKP).

“Sebelum membantu isteri sepenuh masa , saya pernah bekerja sebagai penghantar bungkusan (parcel) sebuah syarikat kurier selama sebulan selain menjual d4g!ng stik dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).”

Dari gaji lima angka ke tiga angka

Pengalaman tersebut membolehkan dia membantu isteri dari segi penghantaran  jualan dan mengakui bahawa pendapatan mereka sekeluarga agak terjejas namun tetap bersyukur dengan apa yang diterima.

“Jadi, pengalaman itu sedikit sebanyak membantu. Cuma, jika dulu, saya boleh meraih pendapatan mencecah lima angka tetapi kini menjadi tiga angka.”

“Mujurlah ada simpanan dan terima kasih juga kepada kerajaan kerana membantu menerusi pelaksanaan moratorium.”

Sehubungan dengan itu,Faridz sempat berh4rap agar pendemik ini lekas berakhir agar dia boleh kembali bertugas seperti asal kerana merindui langit biru.

Hal ini kerana, umum sedia maklum bahawa sektor penerbangan antara sektor yang paling terjejas terus susulan daripada sekatan sempadan disebabkan pendemik seluruh dunia.

“Industri penerbangan ini antara sektor yang paling terkesan jadi saya perlu terima kerana ramai rakan menerima nasib sama.”

“Cuma, perasaan rindu untuk bekerja tentunya ada bukan kerana soal duit semata-mata tetapi kepuasan. Memang sedih dan berh4rap semoga keadaan kembali pulih.” 

Sumber: Harian Metro

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @Satkoba


Apa kata anda?

Be the first to comment on "Sebelum ni kendali pesawat di awan biru, kini ‘pilot’ di jalan raya hantar kek jualan isteri"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*