Suami Berkorban Derma Buah Pinggang, Isteri 3 Tahun Tak Boleh Kencing

Suami Berkorban Derma Buah Pinggang, Isteri 3 Tahun Tak Boleh Kencing

Demi tanggungjawab yang dilafazkan sewaktu bernikah dahulu, seorang lelaki sanggup mendermakan sebelah buah pinggang kepada isterinya yang menghidap peny4kit kegagalan buah pinggang.

Lelaki tersebut, Mohd Hilmi berkongsi kisah pengorbanan itu di laman Facebook miliknya sebelum menjalani pembedahan di sebuah hospital perubatan pada 28 Julai lalu.

Menurut Mohd Hilmi, dia diuji dengan perkara tersebut ketika dua tahun perkahwinan dimana jalan terbaik untuk isterinya menjalani kehidupan normal tanpa melakukan rawatan dialisis adalah dengan membuat pemindahan buah pinggang.

Assalamualaikum salam sejahtera.Dah selesai daftar untuk masuk wad. Pertama kali aku masuk wad. Rasa debor2 pun ada…..

Posted by Mohd Hilmi Damak Kacak on Saturday, July 25, 2020

“Aku serahkan seluruh jiwa dalaman aku untuk isteri, moga selepas selesai operation ini kita dapat menjalani hidup secara normal. Nurse kata, isteri beri buah pinggang untuk suami biasa jer dema dengar.

“Tapi suami beri sebelah buah pinggang untuk isteri jarang2 dengar.. Ada tapi jaranglah dengar. Aku beri kerana tanggungjawab aku sebagai suami yang mahu melihat isteri aku kembali hidup normal,” katanya.

Sehari selepas pembedahan, dia meluahkan rasa syukur apabila proses tersebut berjaya dilakukan malah gembira kerana hasratnya mahu melihat isteri kembali sihat telah tertunai.

Alhamdulillah syukur kepada allah s.w.t semalam telah berjalan dengan lancar operation transplant aku untuk isteri…..

Posted by Mohd Hilmi Damak Kacak on Tuesday, July 28, 2020

“Alhamdulillah isteri aku dah dapat kencing semula setelah tiga tahun tidak boleh kencing. Itulah kejayaan yang paling gembira.. h4rap aku dan isteri cepat sembuh,” luahnya.

Assalamualaikum.Alhamdulillah dah 10 hari aku dan isteri selesai menjalani pembedahan pemindahan buah pinggang….

Posted by Mohd Hilmi Damak Kacak on Friday, August 7, 2020

Sumber : Mohd Hilmi

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @Satkoba


Apa kata anda?

Be the first to comment on "Suami Berkorban Derma Buah Pinggang, Isteri 3 Tahun Tak Boleh Kencing"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*