Terlibat kem4lngan dalam perjalanan hari pertama ke sekolah, murid Tahun 3 temui 4jal

Keterujaan seorang murid perempuan Tahun Tiga Sekolah Kebangsaan (SK) Parit Melana, Durian Tunggal, memulakan persekolahan selepas 4 bulan bercuti susulan PKP berakhir dengan tragedi selepas terlibat dalam satu kem4l4ngan m4ut.

Mangsa dikenali sebagai Nur Aqilah Husna Abdullah, 9, disahkan m4ut selepas motorsikal yang dinaiki bersama bapanya berusia 33 tahun, dirempuh oleh sebuah kenderaan ketika dalam perjalanan ke sekolah.

Dalam kejadian tersebut, Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintendan Arshad Abu berkata sebuah kereta Proton Wira dari arah Pantai Belimbing menghala ke Melaka Pindah hilang kawalan lalu memasuki arah bertentangan.

Bapa mangsa cuba mengelak kereta tersebut, namun motorsikalnya dirempuh sebuah lori mengakibatkan mangsa terperosok di bawah lori terbabit sebelum disahkan men1ngg4l dunia.

 

kem4l4ngan tersebut melibatkan empat buah kenderaan, motorsikal mangsa, sebuah kereta Proton Wira, (MPV) jenis Toyota Alphard dan sebuah lori.

may4t m4ngsa kemudian dihantar ke Unit Forensik Hospital Alor Gajah untuk bedah siasat manakala bapa mangsa dan pemandu Proton Wira yang cedera di kepala dibawa ke hospital sama untuk rawatan lanjut.

Pihak polis meminta saksi kejadian tampil memberi maklumat bagi membantu siasatan.

Sumber : Sinar Harian

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @Satkoba


Apa kata anda?

Be the first to comment on "Terlibat kem4lngan dalam perjalanan hari pertama ke sekolah, murid Tahun 3 temui 4jal"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*