Banyak derma alat bantuan lawan C0vld-19, Agong doakan Raja Salman sembuh

Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan menghadap Duta Besar Kerajaan Arab Saudi ke Malaysia, Tuan Yang Terutama (TYT) Mahmoud Hussein Saeed Qattan di Istana Negara hari ini.

Menurut kenyataan Istana Negara, pada pertemuan itu baginda menzahirkan h4rapan dan mendoakan agar Raja Salman Abdulaziz Al Saud yang juga Penjaga Dua Kota Suci Islam dikurniakan kesembuhan.

Al-Sultan Abdullah turut mengimbau kembali kenangan manis pertemuan dan perbincangan bersama Raja Salman ketika mengadakan lawatan ke Arab Saudi pada 12 Julai hingga 14 Julai tahun lalu.

Selain itu, baginda juga menzahirkan penghargaan kepada Raja Salman dan kerajaan Arab Saudi atas kemurahan hati menyumbang peralatan perubatan untuk Malaysia dalam menangani wabak Covid-19.

Baginda bertitah, kerajaan Arab Saudi merupakan penyumbang peralatan perubatan terbesar kepada Malaysia selain menghargai kerjasama mereka dalam usaha membawa pulang rakyat Malaysia ke tanah air.

Baginda turut menzahirkan rasa sukacita terhadap hubungan akar umbi antara kedua-dua negara yang telah terjalin erat dalam pelbagai aspek sekali gus memperkukuhkan lagi hubungan dua hala.

Malah, TYT Mahmoud Hussein menyatakan Malaysia merupakan sebuah negara model yang patut dicontohi oleh negara-negara Islam dari aspek pembangunan.

Terdahulu, Raja Salman yang berusia 84 tahun dilaporkan dirawat di Hospital Pakar Raja Faisal pada Isnin lalu akibat masalah hempedu bengk4k.

Sumber : Istana Negara , BH Online

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @Satkoba


Apa kata anda?

Be the first to comment on "Banyak derma alat bantuan lawan C0vld-19, Agong doakan Raja Salman sembuh"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*