Hil4ng bapa raya ke-2, anak anggota PDRM pergi sekolah dihantar Ketua Polis PJ

Hil4ng bapa raya ke-2, anak anggota PDRM pergi sekolah dihantar Ketua Polis PJ

Nama Ketua Polis Daerah Petaling Jaya memang tidak asing lagi dalam kalangan warganet kerana sikap kerendahan hati yang ditunjukkan oleh beliau amat mencuri perhatian pelayar internet.

Pada hari ini, menerusi Facebook rasmi Polis Daerah Petaling Jaya, YDH ACP Nik Ezanee Bin Mohd Faisal telah membuatkan orang ramai berasa terharu apabila menghantar seorang anak kepada anggota polis yang men1ngg4l dunia pada hari raya kedua tempoh hari.

Gambar beliau menghantar adik Nur A’lia pada pembukaan semula sesi persekolahan telah berjaya dirakam dan dimuat naik ke Facebook. Nur A’lia merupakan anak kepada allahyarham Koperal Ahmad Sukri bin Sabang yang men1ngg4l dunia pada usia 42 tahun kerana s4kit jantung.

Arwah men1ngg4lkan seorang balu dan dua orang anak iaitu seorang lelaki berusia 14 tahun dan perempuan 9 tahun.  Tugas menghantar anak-anak ke sekolah merupakan rutin harian allahyarham sebelum ini.

Menerusi sumber lagi, selain daripada Ketua Polis Petaling Jaya, rakan-rakan setugas allahyarham turut sama menghantar adik Nur A’lia ke sekolah sebagai satu sokongan moral buat kanak-kanak tersebut.

Sehubungan dengan perkongsian murni itu, rata-rata warganet telah men1ngg4lkan komen yang positif diatas muat niak itu. Rata-rata mereka memuji tindakan  dilakukan oleh Tuan Nik Ezanee yang begitu mengambil berat keluarga para anggota polis dibawah seliaannya.

Sumber: Polis Daerah Petaling Jaya

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @Satkoba


Apa kata anda?

Be the first to comment on "Hil4ng bapa raya ke-2, anak anggota PDRM pergi sekolah dihantar Ketua Polis PJ"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*