Perluaskan ilmu Islam, perkampungan Al-Quran bakal dibina di Putrajaya

Perluaskan ilmu Islam, perkampungan Al-Quran bakal dibina di Putrajaya

Putrajaya bakal memiliki Perkampungan al-Quran yang dicadang dibangunkan dengan kos kira-kira RM150 juta.

Menteri Wilayah Persekutuan Tan Sri Annuar Musa berkata antara lain perkampungan itu akan menempatkan sebuah masjid baharu berkonsepkan ‘al-Quran’ bernilai RM50 juta.

“Di sini kita akan memperluaskan Putrajaya sebagai satu tempat bagaimana ilmu al-Quran itu dapat dikongsi dengan khalayak masyar4kat dalam bentuk yang lebih berkesan dan bermakna…

“…termasuk mewujudkan beberapa studio yang akan membuat kupasan-kupasan ilmu al-Quran dalam pelbagai bentuk dan aspek,” katanya.

Beliau berkata demikian sebelum menyempurnakan sumbangan 50 naskhah al-Quran Mushaf Putrajaya yang diterbitkan sempena Sambvtan Jubli Perak Putrajaya kepada surau utama Parlimen di sini hari ini.

Turut hadir Timbalan Speaker Dewan Rakyat Datuk Mohd Rashid Hasnon dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Takiyuddin Hassan.

Sebelum ini, Annuar dilapor berkata bahawa masjid baharu itu yang juga masjid ketiga di Putrajaya akan dibina di Presint 14.

Beliau berkata ini adalah antara langkah oleh pihaknya untuk memperluaskan lagi identiti bandar pentadbiran negara itu yang sinonim dengan seni bina serta ‘r0h’ Islam dan juga lokasi pusat pencetakan al-Quran kedua terbesar di dunia selepas Arab Saudi.

“Saya rasa Putrajaya sangatlah bernasib baik kerana pembangunan bandar ini kita kaitkannya dengan Islam, seni bina Islam, ilmu Islam serta r0h Islam dan ini menjadi satu tanggunjawab kita terutama sekali kita di bawah kerajaan Perikatan Nasional.

“Kita mesti benar-benar mempamerkan kecaknaan kita terhadap kepentingan-kepentingan agama, maka perkampungan al-Quran, percetakan al-Quran dan hal-hal berkaitan dengan pembelajaran al-Quran menjadi satu perkara difokuskan kementerian,” katanya.

Mengenai Mushaf Putrajaya, Annuar berkata ia menonjolkan rekaan struktur dan motif yang diperoleh daripada artifak, warisan seni bina, seni reka tekstil serta logam yang terdapat di Putrajaya.

Sumber : Bernama , Bernama Radio

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @Satkoba


Apa kata anda?

Be the first to comment on "Perluaskan ilmu Islam, perkampungan Al-Quran bakal dibina di Putrajaya"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*