Kanak-kanak comot sanggup jalan kaki ambil bantuan buat atuk sakit

Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) untuk menangani wabak Covid-19 kini memasuki fasa kedua. Ketika ini sememangnya ramai dalam kalangan golongan berpendapatan rendah dan sederhana mulai terkesan dengan situasi yang berlaku.

Jadi, sumbangan dan juga bantuan daripada mana-mana pihak sangatlah dih4rapkan buat mereka meneruskan kehidupan seharian.

Namun, ada segelintir daripadanya yang mengalami kesukaran untuk mendapatkan bantuan berikutan lokasi mereka yang jauh di pedalaman.

Dalam satu posting di Facebook, individu ini berkongsi kisah seorang kakak-kanak yang terpaksa berjalan kaki demi mendapatkan sedikit bantuan daripada pihak sukarelawan yang datang ke kampungnya.

Difahamkan, kanak-kanak itu tinggal bersama datuknya yang sedang s4kit di Pulau Banggi iaitu pulau termiskin di Sabah.

Apabila menerima bantuan berupa makanan harian daripada wakil sukarelawan, Da’i Syazwan, wajah suram kanak-kanak itu bertukar ceria sebelum meminta izin untuk beredar.

Kisah yang dikongsikan Aisyah Abdul Halim di Facebook miliknya telah meruntun hati netizen sehingga ia dikongsi lebih 7,000 kali.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! SK Press

 


Apa kata anda?

Be the first to comment on "Kanak-kanak comot sanggup jalan kaki ambil bantuan buat atuk sakit"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*