Cuti PKP : Duit Simpanan Tinggal RM50 Saja Lagi Akibat Gaji Dipotong

Bagi keluarga yang kurang kemampuan, pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) adalah satu cabaran besar buat mereka dalam meneruskan kehidupan.

Itu dihadapi keluarga Mohamad Hilmi Abdul @ Atam yang terpaksa mencatu makanan apabila bekalan asas seperti beras dan minyak masak semakin berkurangan di rumahnya di Bandar Mahkota, Banting.

Lelaki berusia 34 tahun itu berkata, isterinya Suriana Azliza Musa turut merasai situasi yang berlaku apatah lagi perlu membesarkan dua cahaya mata mereka.

“Wang simpanan hanya tinggal RM50. Kami tidak mampu bertahan lagi untuk mencatu makanan yang ada ini. Saya masak ulam dan sayuran kampung untuk isteri dan anak-anak kami yang masih kecil,” katanya.

Tambah Mohamad Hilmi, gaji sebanyak RM1,700 sebulan sebagai pekerja swasta kontrak tidak cukup bagi menampung keluarganya setelah separuh dipotong majikan akibat cuti sepanjang tempoh PKP.

“Kami menyewa rumah selepas berpindah ke sini, akhir tahun lalu. Saya berh4rap kerajaan Selangor mendengar keluhan nasib kami dan menghulurkan bantuan kepada keluarga kami kateg0ri miskin bandar ini,” ujarnya.

Dia dan keluarga berh4rap agar berjaya menerima bantuan Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin yang diumumkan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin minggu lalu.

Bagi individu yang berhasrat ingin memberi sumbangan, boleh menghubungi Mohamad Hilmi di talian 017- 3405509.

Sumber : Harian Metro

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @Satkoba


Apa kata anda?

Be the first to comment on "Cuti PKP : Duit Simpanan Tinggal RM50 Saja Lagi Akibat Gaji Dipotong"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*